Suplemen Shaklee untuk kulit
Yuhuuu..
Nak cantik?
Kalau dah namanya perempuan, confirm semuanya nak cantik kan?
Jom ketahui serba sedikit gabungan suplemen atau vitamin-vitamin yang dapat membantu dalam menangani masalah kulit anda.
VITAMIN C
Tidak dapat dinafikan Vitamin C memang power dan femes untuk kulit anda. Memang salute dengan Vitamin C disebabkan fungsinya yang pelbagai termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Sudah ramai yang mengamalkan vitamin C setiap hari dalam usaha untuk merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan Vitamin C sebagai amalan harian popular untuk kecantikan sebab ia merangsang penghasilan kolagen seterusnya menyerlahkan kecantikan kulit wanita.
VITAMIN A
Ramai juga yang tak tahu Vitamin A mampu membantu untuk kulit anda. Bagi yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat yang serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E yang rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.
VITAMIN E
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E termasuklah
1) Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
2) Sebagai antioksidan larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi orga-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
3) Ia mengandungi bahan anti-penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain daripada Vitamin E dan C, beberapa lagi vitamin penting lain seperti Beta karotein (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium juga membantu sebagai antioksidan untuk kulit.
BETA-KAROTEIN
Beta Karotein juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada Vitamin A apabila diperlukan. Beta karotein merupakan antioksidan berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
SELENIUM
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia antioksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.
ZINK
Mereka yang mengalami masalah jerawat terutamanya yang serius mungkin kekurangan zink. Ia bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.
Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan Beta Karotein, Vitamin C, Vitamin E, Zink dan Selenium yang turut ditambah dengan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik antioksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.
Sumber Utusan Malaysia
Amacam? Sememangnya untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat tidak sesusah mana. Jika segala keperluan badan cukup, eloklah hasilnya. Umpamanya macam nak jaga sebuah kereta la..Kalau dibiarkan je tanpa servis, asal boleh jalan je, memang takkan tahan lamalah kecantikan dan ke'power'an kereta itu.Sehebat mana pun kereta, kalau tak jaga dengan elok, ke bengkel jugak akhirnya..Sama macam kulit kita. Ianya hanya perlukan makanan tambahan yang cukup supaya ia kekal beri berseri dan nampak cantik selalu. Cantik pun tidak hanya pada luaran malah dalaman jugak.
Dengan Shaklee, kami ada pelbagai suplemen untuk kecantikan kulit seperti yang diceritakan tadi. Segalanya kami ada. Hanya hubungi saja dan kami akan bantu anda mengatasi masalah kulit anda. Consultation akan diberi secara percuma bagi setiap pembelian dari kami.
Hubungi
Call/sms/whatsapp : 012-3860720 (Pn.Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe
Email : khshaklee@gmail.com
Comments
Post a Comment