Faktor mempengaruhi penurunan berat badan
Ramai yang berpendapat untuk menurunkan berat badan adalah sangat mudah walaupun dengan bantuan set slimming yang ada di pasaran. Ya, ia sememangnya mudah bagi anda yang mengamalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang sihat. Tetapi harus diingat, ada banyak faktor lain yang turut mempengaruhi penurunan berat badan walaupun anda sudahpun makan berbotol-botol produk. Jom kaji mengapa berat badan kita susah untuk turun.
FAKTOR KETURUNAN
Sejarah keluarga dan genetik boleh mempengaruhi berat badan. Kenal pasti susur galur keluarga dan juga kenal pasti siapa antara saudara -mara yang obes. Berkemungkinan susah untuk turun kerana faktor keturunan ini mempengaruhi di mana lemak disimpan dan juga selaju mana metabolisme bekerja.
JANTINA
Lelaki dikurniakan dengan kadar metabolisme yang tinggi kerana mereka mempunyai jumlah otot lebih banyak berbanding wanita. Wanita mempunyai metabolisme yang perlahan kerana secara amnya, mereka perlu menyimpan lemak untuk kesuburan dan mengandung. Jadi lelaki lebih senang menurunkan berat badan.
UMUR
Apabila umur meningkat, kadar metabolisme semakin perlahan. Bermula dari umur 20an, kadar ini turun puratanya 1% setiap tahun bersamaan kenaikan berat 1-2kg setahun.
JENIS BENTUK BADAN
Epal atau pear?
Di mana lemak disimpna mempengaruhi kadar metabolisme.
Bentuk badan epal : Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian abdomen. Golongan ini mempunyai metabolisme yang lebih cepat dan murah menurunkan berat badan, namun mereka mempunyai risiko mendapat penyakit seperti jantung, diabetes jenis 2 dan kanser.
Bentuk badan Pear : Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian punggung dan paha. Golongan ini mempunyai kadar metabolisme yang perlahan dan lambat dalam proses penurunan berat. Namun golongan ini mempunyai risiko rendah terhadap penyakit berkaitan berat badan.
JISIM OTOT
Lelaki mempunyai lebih otot berbanding wanita, bermaksud lebih tinggi kadar metaboliknya. Ini kerana otot ialah tisu aktif yang membakar kalori dan mengeluarkan haba, Lebih banyak otot, lebih banyak pembakaran, Kadar purata lemak yang dibakar otot ialah 35-50 kalori sehari.
JISIM LEMAK
Lebih banyak lemak di dalam badan, lebih perlahan kadar metabolisme. Kerana lemak tidak memerlukan tenaga untuk bertahan.
TABIAT BERSENAM
Selalu bersenam, berjalan berlari, berenang, menari dan sebagainya. Ini ialah cara yang paling efektif untuk menstimulasikan metabolisme badan., membakar lemak dan menambah otot.
TABIAT MAKAN
Tabiat dan pilihan makanan mempengaruhi metabolisme badan. Kajian menunjukkan sesetengah tabiat, seperti mengelakkan waktu makan, menyekat pengambilan kalori, mengambil lemak berlebihan dan makan lewat malam memperlahankan metabolisme, biasakan diri makan secara kerap, dalam kadar yang sedikit dan makan lebih banyak di waktu yang anda paling aktif.
TEORI SET POINT
Satu teori berkaitan metabolisme ialah teori 'SET POINT'. Teori ini mengatakan mekanisme dalaman mengawal berapa banyak berat yang dibawa tubuh. Individu yang mempunyai set point yang lebih tinggi, susah menurunkan berat badan. Jika dia cuba menurunkan berat, badan bertindak menurunkan berat sehingga SET POINT sahaja. Kita boleh mengubah SET POINT badan dengan menurunkan sedikit demi sedikit berat secara perlahan, ini memberi masa kepada badan untuk ke SET POINT yang baru.
Dengan sedikit info ini, mudah sekiranya anda faham apa yang mempengaruhi proses penurunan berat badan anda dan dengan itu, anda tahu mengapa berat badan anda susah untuk turun walaupun banyak produk telah diambil bagi membantu proses slimming anda. Jom tingkatkan usaha anda!
Comments
Post a Comment