Jantung Bertenaga dengan CoQHealth Plus

Apa itu Coenzim Q10?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja kuat dan keras serta yang memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.


Mengapa CoQ10 penting untuk tubuh kita?

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga.

Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat atau normal. 

Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu meyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung. 


Berapakah jumlah pengambilan dietari CoQ10 yang kita perlukan?

Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. 




Tambahan  lagi, keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20. 






Ada banyak lagi faktor lain seperti diet tak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolesterol boleh mengurangkan tahap CoQ10 dalam tubuh. Justeru, pengambilan suplemen boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap yang normal dalam tubuh kita. 


Jadi, apakah penyelesaian untuk masalah ini?

CoQHealth Plus

Ia mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul biokeresediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. 

CoQ10 telah ditunjukkan dapat :

1) Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung.
2) Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL.
3) Meningkatkan peredaran darah.
4) Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 dalam darah.


Apakah perbezaan CoQHealth Plus Shaklee dengan jenama lain?

1) Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.

2) Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.

3) Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).

4) CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yanng ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.

5) Tanpa Gluten.




Tunggu apa lagi, jom dapatkan produk terbaru yang sangat hebat lagi natural ini dari saya. Sudah ramai yang dah mencuba sejak ia dilancarkan dan ternyata ia mampu memberi kesan yang sangat mengujakan terutamanya mereka yang mengalami masalah jantung kurang sihat.

Hubungi

Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe
Email : khshaklee@gmail.com

Comments

Popular Posts