Power Pumping

Ibu yang baru sahaja melahirkan anak dan mengalami masalah dalam penghasilan susu yang kurang, jom baca serba sedikit info mengenai Power Pumping. 

Apakah Power Pumping?

Power pumping adalah teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tidak langsung dapat meningkatkan bekalan susu ibu. 


Siapa yang perlu melakukan Power Pumping?

1) Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu.
2) Ibu yang ingin relaktasi/menyusukan anak semula setelah ibu berhenti menyusukan.
3) Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormon, period, dan kurang mengepam.


Cara melakukan Power Pumping

Yang menggunakan Single pump/hand expression
Pam sebelah kanan 10 minit, kemudian sebelah kiri 10 minit. Kemudian tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Yang menggunakan Double pump
Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, dan sambung semula pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Lebih elok jika melakukan kaedah power pumping sekali saja sehari. Seelok-eloknya pada waktu malam ke subuh kerana pada waktu ini pengeluaran hormon penyusuan adalah tinggi.

Power Pump di hujung minggu

Ada ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam/ Buat selama 2 hari sepanjang weekend dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja. (weekdays).




Berapa lama masa yang diperlukan untuk dapatkan hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu. Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau 'pam angin' semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakkal. Insyaallah Tuhan permudahkan.


Tips umum mengepam

1) Bagi yang Muslim, cuba untuk tidur awl dan bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati dan minda akan membuahkan hasil yang lebih.

2) Jika ibu mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangkamasa 45 minit ke 1 jam selepas pengambilannya. 

3) Letakkan gambar/blanket/bayi anda disebelah untuk mudah melihat. Ini membantu ransangan.

4) Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah manakala sebelah lagi mengepam. 

5) Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu. 

6) Pum setiap 2-4 jam sekali.

7) Be kind to yourself. Apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah dan senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Cuba untuk konsisten dan hasilnya pasti lebih baik.

8) Sentiasa rekod amaun susu yang diperolehi bagi setiap sesi/hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba untuk meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi. 


Lastly, happy pumping ye ibu-ibu sekalian..

Usaha itu tangga kejayaan. 

Kesabaran itu kunci kepada kejayaan.  

Comments

Popular Posts