Tips diet untuk perut kempis
1) Makan dengan sihat dan mengurangkan makanan ringan. Makan dengan menggantikan gula-gula atau cikedis dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.
2) Perbanyakkan makan protein tanpa lemak. Kacang dan daging tanpa lemak juga baik untuk anda selagi anda tidak makan lemak.
3) Banyakkan makan bijirin penuh dengan mencari label makanan "100% whole wheat" atau "100% whole grain" dan bukan hanya tepung gandum. Bijirin memastikan anda rasa "penuh" dan masih kenyang lagi. Ia membantu dalam penurunan berat badan dan mendapatkan perut yang rata.
4) Makan produk tenusu rendah lemak. Bertukarlah dari tenusu yang tinggi lemak kepada yang rendah lemak, yang kaya dengan protein dan vitamin B6.
5) Makan makanan dengan pengambilan yang lebih kecil sepanjang hari. Makan sekadar cukup sehingga berasa kenyang. Tunggu sehingga hampir lapar sebelum makan semula. Banyakkan memberi tumpuan kepada pemakanan yang sihat dan elakkan makan gula-gula. Ia hanya akan membuat anda berasa letih dan akan menyebabkan anda ketagihan saja. Ia adalah tidak menyihatkan.
6) Makan makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah. Makanan ini mengabil masa yang agak lama untuk dicerna dan menyebabkan anda kenyang lebih lama. Secara tidak langsung badan akan menyerap nutrien supaya guladalam darah tidak jatuh secara mendadak.
7) Jangan makan apa-apa selama kira-kira 2 jam sebelum tidur. Badan akan lambat memproses apabila anda tidur kerana badan tidak dapat mencerna dengan betul ketika tidur.
8) Minum air. Anda perlu menggantikan semua minuman biasa dengan air, terutamanya soda dan minuman bergula. Air akan menjadikan anda lebih mudah untuk menurunkan berat badan. Pertimbangkan air berperisa sebagai alternatif jika perlu. Minum air limau dikatakan cara semulajadi bagi mempercepatkan metabolisme anda.
9) Kurangkan pengambilan garam. Garam akan menyebabkan badan anda mengekalkan air yang akan menyebabkan anda kelihatan kembung terutamanya di bahagian abdomen anda.
10) Tiada pengambilan alkohol. Satu botol arak sebenarnya mempunyai kira-kira 600 kalori di dalamnya. Untuk yang beragama Islam, semestinya ianya adalah haram!
Comments
Post a Comment