Tambah susu ibu hanya dengan Alfalfa dan Ostematrix

Risau fikir tentang masalah susu ibu yang semakin merudum? Selalu dengar tentang Shaklee yang mempunyai suplemen untuk tambah susu ibu, tapi disebabkan kekangan bajet, anda terus taknak cuba. 

Jangan risau ye ibu-ibu sekalian. Produk Shaklee yang kami cadangkan semestinya tidak akan membebankan ibu-ibu sekalian. Apa yang penting, sejauh mana usaha yang telah anda lakukan untuk meningkatkan semula pengeluaran susu anda. Saya sendiri pernah mengalami situasi seperti ini yang membawa kepada perkenalan saya dengan produk Shaklee.

Untuk anda yang mempunyai kekangan bajet ataupun tidak berani untuk mencuba terlalu banyak suplemen dalam satu masa, apa yang saya boleh syorkan adalah anda hanya perlu ambil 2 jenis suplemen sahaja untuk penyusuan anda. Apakah ia?


ALFALFA DAN OSTEMATRIX!

Ini hanyalah cadangan saya sahaja berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri. Mungkin lain orang lain juga kesannya. Tetapi tidak salah untuk anda mencuba kerana kedua-dua botol vitamin ini murah saja. Harga pun tidak lebih dari RM120. Yang penting, memang tetap berbaloi.


Bagaimana ia membantu?

Alfalfa sememangnya terkenal sebagai penggalak susu yang paling terkenal di kalangan pengguna tegar produk ini. Bukan saja di kalangan pengguna Shaklee, tetapi ia memang sudahpun digunakan sejak zaman dahulu lagi dalam membantu ibu-ibu yang mengalami masalah kurang susu ibu.Ia didapati dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu dan oleh itu, ia juga dipanggil galactogue.

Alfalfa juga kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Disebabkan itulah ia turut membantu dalam memberikan kesihatan yang baik dan lengkap kepada kaum wanita atau ibu. Disebabkan lengkap dengan nutrisi,ia juga turut membantu membekalkan susu ibu yang kaya dengan pelbagai zat. Selain kaya dengan protein, ia juga turut mengandungi serat yang pada masa yang sama boleh mengelakkan ibu-ibu dari mengalami masalah sembelit. 

Tidak cukup dengan itu saja. Alfalfa juga berfungsi untuk membuang toksin atau detox badan ibu menyusu. Untuk produk Shaklee, kebiasaannya Herblax adalah yang terbaik untuk membuang toksin anda tetapi tidak bagi ibu yang menyusu kerana dikhuatiri akan turut memberikan kesan cirit birit kepada bayi. Jadi, Alfalfa adalah yang terbaik bagi membuang toksin anda yang telah menimbun untuk sekian lama.Ia boleh diamalkan setiap hari dan dalam masa yang sama, turut membantu merawat masalah keputihan dan juga boleh bertindak sebagai kacip fatimah. Haa..best tak? Sesuailah buat ibu yang baru lepas bersalin.

Apa yang best tentang alfalfa ni adalah apabila susu ibu akan semakin pekat dan apabila ia pekat, ia mampu membuatkan bayi cepat kenyang kerana kandungan lemak yang tinggi. Itulah antara kelebihan alfalfa ini. Ia mampu membuatkan si kecil anda tidur lena dalam kekenyangan. 


Bagaimana pula dengan Ostematrix?

Bagaimana ia membantu memperbanyakkan susu ibu?

Ostematrix, iaitu kalsium turut penting dalam diet ibu menyusu. Tambahan pula jika anda adalah seorang ibu yang tidak suka minum susu dan di sinilah pentingnya anda mengambil kalsium Ostematrix. Ostematrix ini bukan sahaja membantu ibu menyusu kekal cergas, tetapi antara kesan yang paling baik yang anda akan dapat adalah hilangnya sakit-sakit badan yang anda tanggung selama ini akibat kekurangan kalsium yang banyak digunakan oleh anda dan juga bayi anda. Itu antara pengalaman saya sendiri. Tidak mustahil anda akan mengalami sakit badan jika anda seorang ibu yang menyusukan anak tetapi tidak pernah mengambil diet yang mengandungi kalsium. Pernah tak anda sedar susu ibu mulai merudum semasa anda period? Hanya dengan kalsium ostematrix ini, anda tidak akan lagi mengalami susu merudum semasa haid ataupun masalah sakit pinggang lagi.


Kenapa kami syorkan Ostematrix?

Kerana Ostematrix Shaklee turut mengandungi magnesium, vitamin D dan zink yang mana semua ini membantu dalam memudahkan penyerapan kalsium dalam tubuh. Tidak semua suplemen kalsium mengandungi magnesium. Tetapi Ostematrix tidak. Ia lengkap dengan Magnesium serta Vitamin D. Satu tablet mengandungi 250mg kalsium dan jika anda menyusukan anak, 4 biji sudahpun mencukupi. Keperluan kalsium bagi ibu menyusu adalah 1000-1500mg sehari. 

Menarik bukan SET MENYUSU minimum ini? Khas buat anda yang kekurangan bajet, inilah yang terbaik  lagi menjimatkan walaupun ada lagi set lengkap yang terbaik buat anda. Saya juga bermula hanya dengan SET MENYUSU BAJET ini sahaja.




Anda juga mengalami susu merudum? Jom cuba sekarang jika anda tidak mahu proses penyusuan anak anda terhenti begitu saja.

Hubungi

Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe

Comments

Popular Posts