Penggalak susu ibu
Pertama sekali apa yang saya ingin tekankan di sini adalah bagaimana caranya ibu-ibu ingin memperbanyakkan susu ibu ini. Bagi ibu yang baru sahaja lepas bersalin, penggalak susu seeloknya sangatlah tidak diperlukan untuk meningkatkan susu ibu kerana saya percaya di awal kelahiran, susu akan sentiasa meriah jika anda dapat praktikkan serba sedikit tips tentang teknik memperbanyakkan susu ibu secara natural.Jika anda merasakan susu anda sangat sedikit, jangan panik. Anda perlu fahami dulu apa yang diperlukan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu tanpa mengambil penggalak susu terlebih dahulu.
Apa yang penting untuk tingkatkan dan stabilkan penghasilan susu di awal kelahiran adalah dengan mematuhi konsep 'supply & demand'. Semakin kerap anda menyusukan anak anda mengikut permintaannya, semakin lancarlah susu dihasilkan. Selain itu, cara bayi anda 'latching' juga turut mempengaruhi kadar penghasilan susu. Jika salah caranya dan anda sendiri berasa sakit, besar kemungkinan susu agak sukar terhasil dan keluar kerana hisapan bayi ini yang akan merangsang saraf dan otak.
Terdapat banyak herba dan perubatan yang dipercayai dapat membantu ibu meningkatkan semula penghasilan susu ibu. Tetapi ada juga yang menggunakan kaedah ini untuk merangsang atau menginduksi ibu yang tidak melalui proses kelahiran tetapi ingin menyusukan anak angkatnya sendiri.
Bila penggalak susu diperlukan?
Bagi ibu yang menyusukan anak, penggalak susu ini sememangnya diperlukan jika ibu mengalami masalah susu berkurang tetapi ia juga haruslah seiring dengan kekerapan ibu mengepam atau memerah susu.
-Ia juga elok diambil jika ibu bekerja di luar dan dalam masa yang sama menyusukan anak supaya susu lebih mudah terhasil dan maintain sepanjang ibu tiada.
-Rangsang atau induce laktasi - jika ibu ingin menyusukan anak angkatnya
-Ibu yang melahirkan bayi pramatang - ketika ini, ibu tidak boleh menyusukan bayi buat sementara waktu dan ibu semestinya memerlukan penggalak susu untuk mengepam susu sehinggalah bayi boleh menyusu
Ibu juga perlu tahu bahawa penggalak susu yang diambil sepanjang proses penyusuan akan lebih berkesan sekiranya ibu turut mengamalkan konsep penyusuan yang paling asas iaitu konsep 'supply dan demand'. Rangsangan atau stimulasi perlulah ada dan kerap dilakukan agar susu ibu sentiasa maintain walaupun ibu mengambil pelbagai penggalak susu.
Antara penggalak susu (galactogogue) yang boleh diamalkan oleh ibu adalah :
1) Fenugreek
2) Alfalfa
3) Buah longan kering
4) Kurma
5) Lobak putih
6) Oat
7) Bawang putih
8) Pucuk betik
9) Air
10)Air barli
11)Jintan hitam
12)Moringga
13)Jantung pisang
14)Kacang soya
15)Daun cekur manis
Jika anda berminat ingin mendapatkan suplemen untuk penyusuan susu ibu, bolehlah menghubungi saya dan anda juga berpeluang mendapat FREE CONSULTATION dari saya untuk membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu. Alhamdulillah, saya juga merupakan salah seorang ibu yang sudah hampir 2 tahun lebih berjaya mengharungi pahit getir menyusukan anak selama ini. Jika anda ingin berkongsi pengalaman, bolehlah menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.
Hubungi
Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe
Comments
Post a Comment