Alfalfa Complex Shaklee membantu penyusuan
Apakah itu Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago sativa?
Ia adalah sejenis tumbuhan yang yang ditanam sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa sememangnya sangat terkenal sebagai herba perubatan sejak berkurun dahulu lagi. Ia dipercayai boleh merawat masalah penghadaman, arthritis dan masalah buah pinggang. Alfalfa juga digunakan sebagai makanan untuk ternakan seperti kuda, kambing dan lembu untuk tenusu.
Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin ada juga yang belum tahu bahawa Alfalfa sememangnya membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu selain dari herba lain seperti fenugreek. Dan disebabkan itulah alfalfa turut dipanggil galactagogue.
Sejak zaman dahulu kala lagi Alfalfa ni digunakan untuk kesihatan wanita selain dari membantu dalam penghasilan susu ibu. Apabila ianya diambil dalam kuantiti yang sederhana atau moderate, ia boleh dikategorikan selamat dan sangat boleh jadi sangat bernutrisi. Tapi sebaliknya jika diambil secara overdose, ia tidak lagi selamat sebaliknya boleh bagi kesan lain pula.
Apabila ibu-ibu menyusu mengambil Alfalfa dan masuk ke dalam susu ibu, ia selamat untuk bayi anda. Tetapi jika diambil berlebihan seperti yang dikatakan tadi, ia mungkin akan menyebabkan bayi mengalami cirit birit.
Apakah kebaikan Alfalfa untuk kesihatan?
Alfalfa mengandungi banyak nutrien dan vitamin penting seperti vitamin K, A, B1, B6, C, D, E,Kalsium, Zink, Magnesium, Potassium, dan Iron. Ia juga kaya dengan antioksidan dan rendah lemak tepu dan kolesterol. Ia juga adalah sumber protein yang tinggi serat. Kesemua ini penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang sihat. Ibu menyusu sememangnya perlukan vitamin dan mineral ini untuk kekal sihat dan bertenaga selain dari untuk penghasilan susu ibu. Pendek kata, kesan yang anda dapat dari Alfalfa adalah sangat positif dan baik untuk milk supply. Alfalfa turut kaya dengan klorofil di mana ia berfungsi untuk mencuci dan membuang toksin atau detox darah. Jadi, sambil menambah susu ibu, ia juga turut membantu membuang toksin dengan baik.
Adakah Alfalfa mempunyai kesan sampingan kepada ibu dan bayi?
Alfalfa masih lagi selamat jika diambil dalam kuantiti yang disyorkan. Walau bagaimanapun Alfalfa adalah herba, dan herba kebiasaannya digunakan sebagai ubat sejak bertahun-tahun. Ubat-ubatan dan herba biasanya akan ada side effect bergantung kepada tubuh badan.
Biasanya kesan sampingan Alfalfa ini hanya ringan saja di mana ia hanya akan memberi kesan sampingan seperti cirit birit pada bayi jika ibu bayi tersebut mengambil Alfalfa bermula dengan dos tertinggi secara mendadak. Sebab itu kami sarankan Alfalfa perlu diambil bermula dengan dos paling rendah dan ditingkatkan sedikit demi sedikit bergantung kepada condition ibu. Seeloknya ibu menyusu jangan mengambil Alfalfa dalam dos yang lebih tinggi dari kuantiti makanan yang diambil.
Satu lagi perkara yang ingin ditekankan tentang Alfalfa adalah ianya perlu dielak untuk diambil semasa hamil. Ini kerana ada sesetengah Alfalfa mengandungi canavanine, iaitu bahan yang boleh menyebabkan contraction semasa hamil. Kebiasaannya canavanine ini terdapat pada Alfalfa yang diambil dari biji benih dan jarang yang terdapat pada daun. Sebab itu anda perlu ambil Alfalfa pada kuantiti yang dibenarkan dan tidak berlebihan kerana dikhutiri terlebih canavanine yang boleh menyebabkan sel darah abnormal.
Untuk itu dan yang lebih selamat, anda bolehlah mengamalkan Alfalfa yang diambil dari daun. Alfalfa Complex Shaklee sememangnya selamat kerana ianya adalah dari daun.
Jom order jika anda merupakan salah seorang dari ibu yang mengalami masalah penyusuan atau susu ibu berkurang.
Hubungi
Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe
Email : khshaklee@gmail.com
Comments
Post a Comment