Langkah mencegah keguguran berulang
Kebiasaannya bagi ibu mengandung, trimester pertama iaitu pada 3 bulan pertama adalah waktu yang paling tinggi risiko kerana mereka mudah terdedah kepada keguguran terutamanya bagi mereka yang mempunyai rahim yang tidak kuat. Tetapi masalah keguguran ini bukan sahaja hanya disebabkan oleh rahim tidak kuat saja, tetapi boleh meliputi pelbagai aspek. Kecacatan pada janin juga boleh membawa kepada keguguran janin. Jika keguguran berlaku lebih dari sekali untuk tempoh yang berturut-turut, pasangan sewajarnya perlu berjumpa dengan pakar untuk mengatasi masalah mereka ini.
Bagi mereka yang biasanya mengalami keguguran untuk trimester pertama pada kekerapan yang tinggi, bolehlah amalkan langkah penting di bawah sebagai langkah pencegahan agar keguguran tidak berulang.
1) Elakkan melakukan kerja-kerja berat. Sebagai contoh mengangkat barang-barang berat. Kerja ini akan menyebabkan bakal ibu ini mengalami tekanan pada abdomen dan seterusnya menyebabkan contraction dan kemudian memberi kesan kepada plasenta.
2) Elakkan hubungan seks pada tiga bulan pertama kehamilan. Ini khas buat mereka yang selalu mengalami keguguran berulang. Seks akan menyebabkan contraction pada rahim yang kemudiannya akan menjadi pencetus kepada keguguran. Ini ditambah pula dengan seks secara kasar yang mana ia akan menyebabkan pendarahan yang turut menjadi punca kepada keguguran secara tidak sedar. Jadi, elakkan hubungan seks pada awal kehamilan adalah sangat penting jika ibu seorang yang berisiko tinggi kepada keguguran.
3) Elakkan rokok dan alkohol adalah sesuatu yang harus dipatuhi. Tidak hanya pada ibu hamil, malah suami juga diharuskan untuk tidak merokok terutamanya jika berada berdekatan dengan isteri yang sedang hamil. Asap rokok ini bukan sahaja membahayakan orang di sekitar, tetapi turut memberi kesan kepada janin di mana kesan dari bahan kimia dalam tembakau ini akan menyebabkan kecacatan pada janin dan seterusnya lama kelamaan akan menyebabkan keguguran.
4) Wanita hamil harus mempunyai pemakanan atau diet yang seimbang. Elakkan makanan berempah. Cuba makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap untuk mencegah ketidakselesaan pada perut. Ibu hamil juga lebih elok mengambil multivitamin dan mineral yang dipercayai membantu dalam mencegah keguguran termasuk folik asid, vitamin E, zink, selenium, omega-3 dan juga vitamin D. Kesemua mineral ini memmbantu dalam mencegah keguguran.
Folik asid membantu dalam mengawal kadar homocysteine dalam darah. Homocycteine ini boleh merosakkan lapisan saluran darah dan seterusnya boleh menyebabkan keguguran.
Mengenai vitamin D, saintist telah menyimpulkan kaitan antara kekurangan vitamin D dengan keguguran bagi wanita hamil. Mereka membuat kesimpulan bahawa wanita yang pernah mengalami keguguran berulang seharusnya mengambil vitamin D yang mencukupi untuk mengelak dari keguguran berulang kembali.
Vitamin E pula penting kerana ia membantu dalam mencegah kecacatan pada telur sekaligus mencegah kecacatan pada kelahiran. Vitamin E juga memudahkan embrio melekat pada dinding rahim dengan kuat dan kemas. Mengikut kajian, salah satu sebab kepada keguguran adalah tahap imunisasi yang rendah dan juga disebabkan oleh kandungan toksin yang tinggi dalam badan. Jadi, antioksidan juga perlu ditingkatkan agar ia dapat membantu. Sangat disarankan untuk ibu hamil mengambil vitamin dari sumber semulajadi dan bukannya sintetik agar ia memudahkan lagi proses penyerapan ke dalam tubuh dan pengambilan semua ini lebih elok diamalkan sebelum anda merancang untuk hamil lagi. Dos vitamin E yang disyorkan pula adalah 400-800IU vitamin E sehari.
Bercakap mengenai Vitamin E ini, mungkin ada dari kalangan anda yang mengalami kekangan untuk dapatkannya dari sumber semulajadi. Untuk mendapatkan 400IU vitamin E saja, anda memerlukan
1kg benih gandum
atau
500 ml minyak safflower
atau
8 kg bayam
atau
500 mg badam
Mampukah anda untuk dapatkan kesemua ini untuk sehari?
Sudah tentu ia satu bebanan buat anda. Tapi kalau anda mampu ianya adalah suatu yang sangat baik.
JANGAN RISAU!
Untuk memudahkan lagi, anda boleh dapatkan saja suplemen semulajadi Vitamin E Complex ini. 1 kapsul saja pun sudah mengandungi 400IU Vitamin E. Ianya adalah dari sumber semulajadi yang dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E. Keunikannya lagi, Vitamin E ini ditambah dengan 10mg Selenium yang sudah semestinya turut membantu dalam mencegah keguguran janin serta memudahkan lagi proses penyerapan vitamin E dalam tubuh. Ia juga turut ditambah dengan ekstrak biji anggur. Banyak faedah yang anda dapat dari 1 kapsul Vitamin E ini.
Insyaallah, anda akan merasa kesan dari pengambilannya kerana ia sudah semestinya bukan vitamin sintetik.
Bolehlah hubungi saya jika anda berminat ingin dapatkan sebotol Vitamin E Complex ini. Khas buat anda yang ingin menjaga kesihatan anda.
Hubungi
Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe
Comments
Post a Comment