Pengganti nasi untuk slimming
Nasi putih adalah karbohidrat jenis sederhana dan bukannya karbohidrat kompleks. Disebabkan ianya bukan karbohidrat komplex, maka pengambilannya haruslah dikurangkan especially untuk mereka yang mengalami masalah berat badan.
Karbohidrat kompleks biasanya mengambil masa agak lama untuk diuraikan atau dipecahkan kepada gula. Berbeza dengan karbohidrat sederhana yang mengambil masa yang singkat untuk mengurai. Proses penghasilan gula dalam darah menjadi lebih perlahan dan akan menyebabkan tenaga dilepas secara perlahan dan berkala. Sebab itu anda akan sedar anda akan kenyang untuk tempoh yang lebih lama, tidak mudah mengantuk dan ini juga dapat mengelakkan diri anda dari mengunyah di waktu senggang. Ini dikaitkan juga dengan 'glisemik indeks'. Karbohidrat kompleks ini mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding karbohidrat sederhana.
Jadi, anda tidak perlu menganggap nasi adalah sumber karbohidrat semata-mata. Banyak lagi pengganti nasi yang tergolong di dalam karbohidrat yang anda boleh amalkan setiap hari semasa proses slimming anda.
Antaranya adalah :
1) UBI
Contoh ubi keledek dan ubi bit. Khasiatnya dikenali melalui warnanya. Ubi bit mengandungi antosianin iaitu sejenis bahan antioksidan yang dapat mencegah pembuluh darah tersumbat. Bahan ini juga baik untuk penglihatan, diabetes dan melindungi fungsi otak. Keledek adalah sumber beta karotene yang baik untuk pencernaan. Ia juga dapat membantu mengatasi penyakit kardiovaskular.
2) PASTA
Dihasilkan daripada tepung, air,telur, dan garam. Ada pelbagai saiz dan jenis. seperti makaroni, spagetti, fetuccini dan lasagna. Kandungan karbohidrat adalah 40-50gm dan pengambilannya setara dengan 100gm nasi.
3) SAGU
Ia adalah butiran atau tepung yang diperolehi daripada batang pohon sagu atau rumbia. Makanan ruji masyarakat Maluku dan Papua di Indonesia. Ia tidak tinggi protein dan lemak.
4) JAGUNG
Ia mengenyangkan dan membantu tingkatkan selera makan. Ia mengandungi serat dan asid folat yang membantu mengawal tahap kesihatan pembuluh darah.
5) KENTANG
Ramai orang gemarkan kentang sebagai sumber karbohidrat bagi menggantikan nasi. Ia juga membantu menurunkaan berat badan. 200gm kentang bersamaan 100gm nasi.
6) OAT
Ia adalah bijirin dan biasanya dimasak terlebih dahulu. Salah satu kebaikan oat selain sebagai sumber karbohidratnya adalah kemampuannya menurunkan paras kolesterol. 45gm oat mempunyai nilai kalori dan karbohidrat seperti 100gm nasi.
Jadi, tak semestinya anda perlu makan nasi setiap hari bagi mendapatkan sumber karbohidrat. Masih banyak lagi makanan yang boleh menggantikan nasi. Cumanya mungkin perut kita yang perut orang Melayu dan kebetulan pula nasi merupakan makanan ruji di Malaysia, jadi ramai orang sudah mindset bahawa nasi tidak boleh ditinggalkan dalam sehari. Ia mungkin benar bagi anda yang tiada masalah penyakit tetapi tidak bagi mereka yang mungkin berkeinginan ingin turunkan berat badan dan juga mereka yang berisiko kencing manis di mana mereka perlu mengawal pengambilan nasi lebih-lebih lagi pengambilan nasi pada waktu malam.
JOM TUKAR MENU!!
gandum sangat bagus cuma harganya mahal...
ReplyDelete