Rawatan untuk penyakit gout

Jom kali ini saya nak bercerita sikit pasal masalah gout ini yang boleh terjadi pada sesiapa saja. Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja jika anda tidak menjaga pemakanan anda.


Apa itu Gout?

Gout adalah salah satu bentuk artritis yang menyakitkan. Ia boleh berlaku disebabkan oleh kandungan asid urik yang terlampau tinggi di dalam badan. Asid urik adalah bahan kimia di dalam darah yang tidak membawa faedah dan manfaat kepada tubuh. Kebanyakannya akan dikeluarkan melalui air kencing atau najis.

Dari masa ke semasa, kandungan asid urik ini mungkin akan meningkat dan membentuk 'tiny-grit-like' kristal atau hablur dan biasanya terbentuk pada sendi. Hablur asid urik inilah yang akan membuatkan tisu pada sendi ini mengalami keradangan dan seterusnya menyebabkan kesakitan. Inilah punca kepada gout. 



Dari 200 orang dewasa, mungkin hanya 1 daripada mereka yang mudah menghadapi penyakit ini. Lelaki adalah mudah menghadapi penyakit ini berbanding wanita dan mereka adalah pada lingkungan umur 30-60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh wanita yang belum putus haid. 






Bagaimana asid urik ini terhasil?

Kebiasaannya kandungan asid urik yang terhasil adalah seimbang dengan asid urik yang dikumuhkan melalui najis dan urin. Ini adalah yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, jika mereka yang mengalami masalah buah pinggang tidak dapat menapis asid urik ini pada kadar yang sepatutnya, ini akan menyebabkan kandungannya tinggi di dalam darah. 


Apakah faktor yang membawa kepada penghasilan asid urik ini?

- Pengambilan alkohol yang terlalu banyak

- Pengambilan vitamin C yang tidak mencukupi dalam pemakanan

- Pengambilan soft drink yang tinggi fruktose. Kajian menunjukkan yang pengambilan dua tin minuman ini dalam sehari akan meningkatkan lagi risiko berdepan dengan gout sebanyak 85%!!

- Pemakanan organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak, kembung dan sardin. 

- Pemakanan seafood seperti ketam, udang dan kerang yang melebihi had. 

Walau bagaimanapun, jika anda mengamalkan pemakanan yang balance dengan pemakanan seperti seafood, ia tidak memberi kesan kepada kenaikan asid urik.

- Sesetengah ubat-ubatan diuretic seperti bendroflumethiazide, aspirin dan juga ubat kimoterapi.


Mereka yang mempunyai risiko untuk mendapat gout pula adalah mereka yang :

- Obesiti
- Tekanan darah tinggi
- Kerosakan buah pinggang
- Kencing manis (diabetes melitus)
- Penyakit vaskular
- Kekurangan enzim seperti G6PD dan HGPRT



Tanda-tanda penyakit gout

- Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

- Serangan gout ini biasanya berlaku secara tiba-tiba serta selama semalaman. Serangan juga kerap berlaku.

- Kesakitan mungkin akan berlarutan selama beberapa hari atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu jika tidak dirawat.

- Sendi yang diserang menjadi bisa.

- Ia boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Kebiasaannya menyerang ibu jari kaki.

- Ia mungkin menyerang semula selepas berminggu-minggu atau bulan.







Apakah cara rawatan yang mampu mengurangkan penyakit gout ini?

Selain dari ubat-ubatan, anda juga mungkin boleh mencuba suplemen atau makanan kesihatan lain. Antara produk Shaklee yang didapati dapat membantu adalah :


1) Alfalfa Complex 
Alfalfa tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah. Ia juga turut menyahkan toksin dari badan.

2) Performance Drink
Mereka yang menghidap gout memerlukan cecair atau bendalir bagi menggalakkan  penghidratan bagi membantu badan mengeluarkan asid urik melalui air kencing. 

3) Omega Guard/ Advanced Joint Health Tablet
Mengurangkan keradangan pada sendi serta memberi keselesaan pada sendi.

4) Vitamin C Plus
Kajian menunjukkan bahawa vitamin C boleh mengurangkan risiko menghidap gout. Dalam kajian, lelaki yang mengambil vitamin C sebanyak 1000-1499 mg/day mempunyai risiko berkurang sebanyak 34% untuk menghidap gout berbanding mereka yang mengambil 1500 mg/day iaitu berkurang sebanyak 45%. 


Jadi, bagi anda yang mengalami masalah asid urik yang tinggi dalam darah dan risau berdepan dengan masalah gout pula, anda boleh mencuba suplemen yang dijamin SELAMAT serta SEMULAJADI ini. Ia sememangnya bukan suplemen sintetik seperti yang sedia ada di pasaran. 

Anda bolehlah dapatkan suplemen tersebut hanya dari saya sebagai pengedar sah Shaklee anda. Yang pasti produk ini pasti dapat membantu dalam mengurangkan simptom masalah gout anda. 

Hubungi

Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe



















Comments

Popular Posts