Punca kepada obesiti

Jom kenali punca-punca yang menyebabkan anda OBESITI




1) GENETIK

Jika seseorang mempunyai genetik masalah obesiti ini, anda memang tidak dapat lari darinya. Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai obesiti, peratus si anak untuk mendapat masalah yang samam adalah setinggi 70-80%. Katakan salah seorang dari ibu atau bapa menghidap obesiti, peratus untuk mereka mendapat obesiti adalah 40-50%. Walaupun kedua ibubapa anda sihat, tetapi anda masih cenderung untuk menjadi obes sekiranya anda tidak menitikberatkan kehidupan yang sihat.


2) KURANG AKTIVITI FIZIKAL

Makan tanpa senaman juga boleh menjadi punca kepad obesiti. Jika anda kurang melakukan aktiviti fizikal, ini akan menyebabkan lagi lemak untuk berkumpul dengan lebih banyak. Itulah sebab mengapa obesiti boleh terjadi. Katakan anda tidak makan banyak, tetapi jika anda tidak bersenam, ia juga boleh menjadi punca kepada obesiti juga. Ini ditambah pula jika anda mengambil makanan yang tidak menyihatkan. 


3) JADUAL MAKAN TIDAK TETAP

Makan tidak mengikut waktu adalah tabiat yang tidak elok untuk diamalkan. Jika dalam sehari anda ada meninggalkan waktu sarapan, anda lebih cenderung untuk makan dengan lebih banyak pada malamnya.  Ini adalah sangat tidak elok kerana makan banyak pada waktu malam akan menyebabkan pembakaran lemak agak terhad dan tidak sempat dilakukan. Proses pembakaran lemak juga terpaksa dihentikan kerana anda sudah tidur.


4) PERSEKITARAN YANG TIDAK SIHAT

Hidup yang sibuk akan membuatkan anda lebih senang untuk makan makanan segera. Tabiat melepak di restoran 24 jam juga akan menggalakkan anda untuk makan lebih banyak pada waktu malam.  


Obesiti bagi wanita hamil

Jangan risau kalau anda obesiti ketika hamil. Ibu hamil biasanya akan mengalami masalah obesiti. Jika anda mengamalkan penjagaan kesihatan dan pemakanan dengan baik dan proses berpantang dengan baik, berat badan akan susut semula. Tapi terdapat juga risiko bagi ibu hamil yang berdepan masalah obesiti. Jika ibu juga turut mengalami tekanan darah tinggi dan kencing manis semasa hamil, bayi kemungkinan akan cacat dalam kandungan. Selain dari itu, ibu dan anak juga mungkin akan mengalami masalah ketika proses kelahiran bayi. 

Untuk itu, amat penting bagi anda semua untuk jaga pemakanan dan kesihatan anda tak kira hamil atau tidak agar ianya tidak mendatangkan risiko kelak.


Jika anda ibu hamil yang menitik beratkan kesihatan melalui suplemen, boleh hubungi saya jika berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee khas untuk ibu hamil.


Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe 



Comments

Popular Posts