Apakah kelebihan ikan laut dalam?
Apakah kelebihan ikan laut dalam?
Ikan laut dalam mempunyai kandungan omega-3 yang sangat tinggi berbanding dengan ikan air tawar atau ikan di permukaan laut. Ini kerana ikan jenis ini mampu mempertahankan suhu tubuh dengan kandungan lemak yang tetap cair pada suhu laut dalam yang mana suhunya sangat rendah.
Akan tetapi, kandungan omega-3 tetap juga terdapat pada ikan air tawar dan ikan lain. Anda tak perlu risau memikirkan anda tidak boleh mendapatkan khasiat omega-3 dari ikan laut dalam kerana harganya yang mungkin agak mahal. Anda masih lagi boleh menikmatinya dari ikan jenis lain. Walau bagaimanapun, kuantiti Omega-3 ini mungkin berlainan bagi setiap spesis dan juga mungkin keadaan alam sekitarnya juga turut mempengaruhi kuantiti Omega-3 ini.
Ikan air laut dalam ini biasanya kurang risiko atau kurang contaminated dengan logam berat. Ini kerana kebanyakan pencemaran logam berat ini datangnya dari darat yang mungkin akan memberi risiko pada perairan sekitar teluk sahaja. Biasanya ikan-ikan di laut dalam kurang terdedah dengan ancaman seperti pencemaran sebegini jika dibandingkan dengan ikan yang hidup di permukaan laut.
Disebabkan itulah Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut sejuk di perairan negara Jepun. Pihak Shaklee sentiasa mencari yang terbaik bagi mereka yang sukar mendapatkan omega-3 dari sumber ikan laut dalam.
KISAH DI SEBALIK IKAN LAUT DALAM
Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price telah menemui satu rahsia :
Penduduk Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidap masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakala kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara yang bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolesterol menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.
Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan ikan air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.
Comments
Post a Comment