Vitamin untuk masalah tiroid


Apa penyakit HIPOTIROIDISME?




Hipotiroid ialah satu keadaan di mana badan kekurangan hormon tiroid akibat daripada kelenjar tiroid yang kurang aktif. Tanpa hormon tiroid yang cukup, banyak fungsi tubuh menjadi perlahan. Ia juga dikenali sebagai penyakit kelenjar tiroid.


Bagaimana Hipotiroid terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisme)?

Metabolisme ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang telah dimakan dan diminum kepada tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samada untuk pencernaan makanan, pergerakan ataupun rehat.


Tiroid

Merupakan satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodin (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon tri-iodothyronine (T3).

Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa bagi menampung keperluan badan memerlukan T3.

Kekurangan rembesan hormon T4 dan T3 (hipotiroid) akan mengurangkan atau melemahkan proses metabolisma dan sekaligus akan memberi impak yang besar kepada badan dari segi fizikal dan emosi.


Apa yang menyebabkan hipotiroid?

Hipotiroid mempunyai beberapa penyebab, termasuk

1) penyakit Hashimoto
2) tiroiditis, atau keradangan kelenjar tiroid
3) hipotiroidisme kongenital, atau hipotiroidisme yang hadir sejak lahir
4) pembedahan pelantikan sebahagian atau seluruh kelenjar tiroid
5) radiasi rawatan tiroid
6) kesan beberapa ubat


Hipotiroidisme disebabkan oleh sodium yang terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam diet atau dengan kelainan kelenjar hipofisis.

Orang yang menghidap hipotiroid tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup


Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism

 1) Badan rasa lemah
 2) Daya ingatan menurun
 3) Hilang deria rasa dan bau
 4) Kadar pengepaman jantung perlahan
 5) Kulit jadi kuning – lesu, pucat
 6) Kulit kering
 7) Masalah kesuburan
 8) Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi)
 9) Muscle cramp dan bengkak
10)Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka)
11)Pendarahan haid banyak (heavy period)
12)Percakapan lambat
13)Pertambahan berat badan
14)Rambut rontok
15)Rasa mengantuk
16)Rendah nafsu seks
17)Sakit kepala
18)Sembelit
19)Suara menjadi serak
20)Tak tahan sejuk


TAHUKAH ANDA???

Seseorang yang kurang makan makanan laut, seperti ikan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi gejala hypothyrodism ?

Juga kepada perokok. Haba asap, dan bahan-bahan kimia lain di dalam rokok juga sedikit sebanyak menggangu proses yang terjadi pada tiroid. 


Apakah suplemen yang sesuai??

1) Alfalfa -mengandungi iodin, bahan asas hormon tiroid

2) B-complex - memperbaiki pengoksigenan dan tenaga (kelesuan)

3) Vitalea - lengkap dengan imbangan vitamin dan mineral. Juga mengandungi iodin

4) Omega Guard - untuk fungsi sepatutnya kelenjar tiroid


Jika anda merupakan salah seorang yang berdepan dengan masalah tiroid ini, adalah sangat dialu-alukan untuk anda mendapatkan konsultasi dahulu dari pengedar tentang masalah anda. 

Anda bolehlah menghubungi saya dahulu untuk sebarang pembelian produk berkaitan bagi mendapatkan konsultasi sepenuhnya berkenaan produk dan harga.

Hubungi

Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe


Comments

Popular Posts