Set Hamil Shaklee Trimester Pertama

Kali ini mungkin entry saya banyak bercerita mengenai kehamilan memandangkan saya merupakan salah seorang ibu hamil yang berpeluang merasa sendiri kehebatan Set Hamil Shaklee ini. 

Apa yang saya ingin kongsikan dengan anda semua mungkin ianya adalah sama sahaja seperti pengalaman ibu-ibu lain yang menggunakan set hamil ini. Sepanjang kehamilan saya yang sudah berusia 4 bulan lebih ini yang sememangnya dianggap fasa yang sangat mencabar kerana saya perlu berdepan dengan banyak perkara. Walaupun saya seorang surirumah dan tidak keluar bekerja, tetapi memandangkan saya juga mempunyai 2 orang anak yang masih kecil, banyak juga tenaga yang diperlukan sepanjang hari bagi menguruskan anak-anak saya. Tambahan pula anak kedua saya mengalami masalah susah tidur yang membuatkan hampir tiap-tiap malam saya tidak dapat tidur yang lena dan mencukupi. Tapi alhamdulillah, saya kurang letih di siang hari walaupun tidur saya tidak mencukupi. Yaa..mungkin ada yang cakap tipulah kalau saya tidak tidur di siang hari walhal saya tidak bekerja. Malangnya, memang itulah realitinya bila surirumah menjaga anak di rumah. Mungkin sekadar berbaring atau merebahkan badan itu ya memandangkan saya juga perlu merehatkan diri kerana bimbangkan kandungan. 

Apakah set hamil yang saya amalkan sepanjang kehamilan saya?

Insyaallah. SET HAMIL SHAKLEE ini adalah yang terbaik bagi saya setakat ini. Semasa kandungan pertama, saya hanya mengambil multivitamin dan asid folik saja yang dibekalkan oleh Klinik UIA. Semasa kehamilan kedua, saya hanya mengamalkan Obimin sahaja dan yang kali ketiga, saya mengamalkan set hamil Shaklee.


Apakah terdapat perbezaannya?

Yang saya paling rasakan perbezaannya adalah saya kurang mengalami morning sickness yang teruk pada waktu pagi. Mungkin inilah perbezaannya berbanding dengan yang kedua dan ketiga di mana saya mengalami muntah-muntah yang teruk di waktu pagi sebaik saja bangun tidur. Mungkin ini disebabkan hormon badan dan ianya kemungkinan adalah perkara biasa di mana lain kehamilan, lain ragamnya. Tapi bersyukur dengan bekalan ESP yang saya amalkan setiap pagi bersama 1 mug milo, ianya juga turut mengurangkan gejala loya dan mual di waktu pagi. 

Apa yang terkandung di dalam SET HAMIL SHAKLEE ini?

1) Multivitamin Vitalea-iron formula

2) B-complex

3) Vitamin C

4) Ostematrix






Nampak banyak? Ya..Banyak tetapi faedah yang akan anda dapat memang sangat memuaskan hati anda.

Sememangnya saya tidak pernah lupa untuk mengambil vitamin-vitamin ini setiap hari. Kesan yang saya rasa, saya tidak pernah keletihan walaupun melakukan kerja rumah yang sangat banyak. Bukan mahu mengatakan yang saya ini robot yang tidak pernah letih langsung, tetapi itulah realitinya yang saya alami sepanjang kehamilan saya kali ini. Saya tidak mengah melakukan kerja. Mungkin saya belum cukup sarat untuk merasai kepenatannya. 

Tentang Vitamin C, apa yang dapat saya rasakan, Sustained Release Vita-C yang saya ambil ini memang sangat awesome! Saya kurang mengalami demam, selsema ataupun batuk sejak saya mengambilnya sebelum saya hamil lagi. Jika ada simptom demam atau selsema, dengan cepat saya akan menelan 2 biji Vitamin C sekaligus dan alhamdulillah keesokan harinya saya tidak mengalami demam atau selsema. Inilah tips yang saya amalkan sejak dahulu hingga saya hamil. Alhamdulillah juga dengan pengambilan Vitamin C ini, saya tidak mengalami masalah pada kulit wajah atau badan yang dulunya sangat kering.

Ostematrix juga sangat berkesan!Saya kini tidak lagi terpaksa bergantung dengan balm ataupun Ameltz Yoko-yoko yang dulunya hampir setiap hari saya sapu pada belakang badan dan bahu saya sebelum tidur kerana kesakitan badan. Kini alhamdulillah sakit badan dan sakit pinggang saya sudah hilang serta merta semenjak saya amalkan Ostematrix ini. Biasanya ibu-ibu pasti akan mengalami lenguh-lenguh badan semasa hamil kan? Disebabkan itulah pentingnya ibu mengambil Ostematrix ini sebagai bekalan kalsium tambahan untuk ibu yang mungkin akan mengalami penyusutan kalsium yang dikongsi bersama bayi dalam kandungan. Ia juga baik untuk pembentukan tulang bayi yang kuat. Ostematrix juga mampu memberikan tidur yang lena buat ibu hamil yang selalunya akan mengalami masalah susah tidur pada waktu malam. Bukan tu saja, jika ada ibu hamil yang kerap mengalami masalah kekejangan kaki atau kaki cramp, di sinilah Ostematrix memainkan peranannya. Sangat-sangat membantu mengurangkan kekejangan kaki ibu hamil.

Cerita banyak tak guna kalau anda sendiri yang sedang hamil tidak mencuba set hamil ini. Khas buat bakal ibu yang masih tercari-cari vitamin semulajadi yang sesuai buat diri anda. Set Hamil Shaklee ini adalah vitamin terbaik dan dijamin selamat dan berkesan buat anda. 

Kenapa? 

Kerana saya sendiri dan beribu-ribu orang sudah merasai perbezaannya dan keberkesanannya.


Tunggu apa lagi?

Ingin tahu harga Set Hamil Shaklee ini dan keistimewaan yang bakal anda dapat lagi?

Hubungi saya

Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe

Comments

Popular Posts