Kurangkan sindrom pra-menstrual (PMS)

Sebagai seorang wanita, sudah tentu terdapat pelbagai pengalaman anda ketika menghadapi menstruasi. Biasanya gejala atau sindrom ini boleh dirasai 14 hari sebelum keluarnya darah menstruasi. Sememangnya setiap wanita pasti akan merasai gejala yang berbeza-beza. Antara yang biasa berlaku adalah


1) Perubahan emosi  - Mudah marah, sedih, sensitif dan perasaan serba tak kena. 

2) Badan mudah penat, lemah, tidak bersemangat atau malas bergerak.

3) Sakit kepala dan migrain.

4) Pinggang dan perut terasa sakit, lenguh, ketegangan di bahagian perut sehingga ada yang pengsan.

5) Nafsu makan dan minum meningkat, menyukai makanan masam atau pedas.

6) Berat badan bertambah kerana tubuh menyimpan air dalam jumlah yang banyak. 


Timbul rasa sakit sewaktu haid dianggap normal sekiranya kesakitan itu tidak melampau. Sekiranya sakit yang dirasakan agak keterlaluan sehingga boleh menyebabkan ada yang pengsan, sebaiknya anda perlu berjumpa dengan doktor. 

Sakit luar biasa ini boleh terjadi disebabkan adanya penyakit pada organ dalaman kewanitaan itu. Sebagai contoh infection pada rahim, ketumbuhan dan kelainan pada kedudukan rahim.

Rasa sakut sewaktu haid juga dianggap sebagai gejala semulajadi disebabkan perubahan hormon sebelum dan sesudah haid. Menjelang haid, jumlah hormon estrogen dan progesteron tidak seimbang. Disebabkan faktor inilah berlakunya contraction pada rahim sewaktu proses pengeluaran endometrium. 






Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk mengurangkan gejala atau simptom sebegini? Jika ianya jarang berlaku, ia semestinya tidak mendatangkan masalah kan? Tetapi bagaimana pula jika ianya berlaku dengan begitu kerap iaitu hampir setiap bulan dan memakan masa beberapa hari? Sudah semestinya ia mengganggu kerja anda seharian bukan? 

Jom dapatkan sedikit tips ringkas bagi mengatasi masalah PMS ini.


1) Banyakkan mengambil makanan berkalsium tinggi. Kalsium mampu mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dalam tubuh. Susu, tempe, dan kekacang adalah makanan yang berkalsium tinggi.


2) Amalkan pengambilan vitamin C dos tinggi ataupun ambillah buah-buahan yang bervitamin C


3) Amalkan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi vitamin B6 dan E untuk mencegah ketegangan pada perut.


4) Kurangkan pengambilan garam kerana ia dapat mengurangkan pengumpulan air berlebihan dalam tubuh.


5) Kurangkan makanan yang bertepung, kafein dan coklat.


6) Makan makanan yang berserat tinggi.


7) Individu yang mempunyai masalah anemia seeloknya mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau makanan yang tinggi khasiat zat besi. (iron).


Jadi, sudah dapat tips kan? Jangan lupa bagi anda yang berdepan masalah sebegini, mungkin tips ini dapat membantu anda memandangkan ia tidaklah sesukar mana untuk diamalkan. Apa yang perlu adalah jaga pemakanan. Yang paling penting, mungkin suplemen dapat membantu anda. 

Jika anda berkeinginan untuk mencuba suplemen yang disyorkan seperti di atas, cadangan saya adalah suplemen keluaran Shaklee. Ia 

SENTIASA SELAMAT, SENTIASA MESRA ALAM DAN SENTIASA BERKESAN.

Sudah ramai yang merasai kesannya. Sila hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.


Hubungi 

Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe


Comments

Popular Posts