Khasiat omega-3 untuk ibu hamil
Kali ni saya nak cerita lagi tentang kehamilan. Tentang pemakanan yang tak kurang juga pentingnya bagi ibu-ibu yang hamil iaitu Omega-3. Saya pasti ramai yang dah tahu tentang kepentingan dan fungsi omega-3 untuk pelbagai kategori umur dan tak kurang juga ada yang masih blur-blur tak tahu lagi kepentingan omega-3 kepada kita terutamanya yang hamil. Tak mengapa. Mari saya ceritakan semula kepentingan omega-3 ni.
Omega-3 diketahui dapat merangsang otak. Omega-3 dan DHA sangat diperlukan dalam pembentukan sistem saraf pusat janin. Kajian telah menunjukkan bahawa gangliosida memberi pengaruh yang besar kepada struktur otak terutama bagi fungsi belajar dan mengingat. Kajian menunjukkan juga bayi yang menjalani ujian perkembangan mental mendapat skor yang tinggi apabila ibunya makan telur yang mengandungi banyak omega-3 semasa kehamilan.
Penyelidik mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil omega-3 (DHA) yang tinggi mempunyai keupayaan penumpuan yang tingggi semasa tahun kedua kehidupan. Pada 6 bulan pertama selepas kelahiran, bayi ini mempunyai keupayaan dan kebolehan 2 bulan lebih advance dari bayi lain yang
mana ibu bayi-bayi ini mengambil kurang DHA.
Menurut pakar yang mengetuai penyelidikan ini, beliau menyatakan bahawa daya tumpuan merupakan komponen terpenting di awal perkembangan bayi. DHA sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Jika nak dibandingkan dengan komponen badan yang lain, otak dan sistem saraf merupakan part yang paling tinggi kandungan DHA nya.
Bukan itu saja malah pengambilan omega-3 yang tinggi semasa hamil juga boleh mengurangkan risiko bayi menghadapi alergi kepada makanan selepas kelahiran nanti. Ini kerana omega-3 turut berfungsi sebagai 'melawan keradangan'.
Jadi, memang penting sungguhlah omega-3 ini buat ibu hamil kan? Kerana perkembangan kanak-kanak semuanya boleh bermula semasa di dalam kandungan ibu lagi. Jadi, ibulah yang harus menjaga pemakanan mereka sendiri supaya bayi dalam kandungan akan turut mendapat kebaikan dari pemakanan ibu.
Pakar nutrisi dari Barat Barbara Levine menasihatkan ibu hamil untuk mengambil 250mg DHA setiap hari tetapi tidak ramai yang mampu mendapatkannya melalui diet harian mereka.
Lebih ramai ibu-ibu sekarang yang mengambil suplemen omega-3 sahaja untuk mendapatkan khasiat omega-3 ini secara direct. Kadang-kadang ada ibu hamil yang tidak lalu makan ikan atau terhad untuk mendapatkan makanan yang mengandungi omega-3 ini. Untuk itu, suplemen terbaik yang paling disukai ibu hamil pada masa kini adalah tidak lain tidak bukan OMEGA GUARD. Ianya sangat berbaloi buat ibu yang inginkan anak mereka mempunyai IQ yang tinggi serta daya tumpuan yang tinggi semasa mereka mula membesar.
Bagi yang sedang hamil sekarang, anda bolehlah mula mengambil suplemen Omega Guard ini bermula trimester ke-2 dan ke-3 ok.
Jika anda berminat untuk mendapatkan khasiat omega-3 dari Omega Guard ini, bolehlah menghubungi saya segera. Consultation akan diberi kepada anda secara percuma khas buat pelanggan-pelanggan saya sahaja.
Hubungi
Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe
Omega Guard memang elok diambil oleh ibu hamil
ReplyDeletehttp://www.lovehutladyvitamin.com