ESP membantu mengatasi mual ketika hamil
Banyak rupanya kebaikan Energizing Soy Protein (ESP) ini sebenarnya. Ia bukan sekadar protein yang mampu mencantikkan kulit wajah semata-mata malah jika anda sedang hamil, ia juga mampu mengurangkan rasa mual anda di waktu pagi. Itulah pengalaman yang saya rasa sepanjang kehamilan saya ini.
Saya mula mengamalkan ESP ini sebaik saja mengetahui saya hamil. Memang tak tunggu lama, saya terus je buka tin ESP ini sebab saya memang dah aim nak minum ESP semula sebaik saja saya hamil. Sebab saya tahu protein juga sangat penting bagi ibu hamil kerana ia membantu menyihatkan segala sel dan tisu yang membentuk sistem badan kita. Kekurangan protein dalam badan juga mungkin boleh menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit yang timbul nanti. Tambahan pula, pada awal trimester kebiasaannya, ibu-ibu kebanyakannya akan melalui fasa 'tak lalu makan' yang mungkin akan menyebabkan lagi ibu kekurangan pelbagai vitamin dalam badan.
Memang itu tujuan utama saya mengamalkan ESP semasa hamil. Tapi apa yang saya sedar, saya tidak pernah merasa loya dan mual langsung selepas bangun dari tidur sebaik saja saya minum ESP bersama milo sebagai breakfast saya. Setiap pagi, milo dan ESP memang menjadi minuman kegemaran saya semasa hamil. Berbeza dengan kehamilan saya yang lepas, hampir setiap pagi saya pasti akan rasa mual nak muntah walaupun selepas makan. Morning sickness saya agak teruk pada kehamilan yang lepas disebabkan badan asyik berangin dan menyebabkan loya sepanjang pagi. Disebabkan angin itulah yang membuatkan saya kerap terasa nak muntah. Alhamdulillah pengambilan ESP ni sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa loya di waktu pagi ketika hamil ni. Ia juga dapat memberikan kekenyangan buat sementara bagi ibu-ibu yang tidak lalu makan. Jadi, tidaklah badan berangin saja hingga ke petang.
Alhamdulillah juga sejak saya mengenali Shaklee ini, inilah pertama kali saya merasakan perbezaan kondisi saya yang ketara ketika hamil. Saya merasakan saya sentiasa kuat dan cergas sepanjang hari walaupun mood hilang entah ke mana. Dengan ESP ni juga, badan saya rasa bertenaga sepanjang hari ditambah lagi dengan pengambilan vitamin lain semasa hamil ni.
Jadi, bagi anda yang mengalami masalah morning sickness yang teruk sebaik saja bangun tidur, apa kata anda mencuba ESP ni dahulu. Sememangnya sangat-sangat disyorkan buat ibu-ibu hamil berdasarkan pengalaman ibu-ibu yang telah mengambilnya. Saya hanya mengamalkan 1-2 sudu besar saja pada waktu pagi. Bukan saja baik untuk ibu, malah untuk bayi di dalam kandungan anda juga. ESP juga tiada kolesterol dan juga rendah lemak. Jadi amat sesuai buat anda yang ingin menjaga kesihatan.
Bagi anda yang ingin mencuba,jangan ragu-ragu lagi kerana ia bukanlah soya sebarangan. Ia adalah soya bukan-GMO yang dihasilkan di bawah Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soyanya telah dipantau dan dikawal dengan begitu ketat bermula dari proses menanam hinggalah ke proses penghasilan ESP.
Anda yang berminat bolehlah menghubungi saya untuk mendapat stok ESP dan saya sebagai pengedar sah Shaklee anda juga bersedia untuk sebarang konsultasi yang anda perlukan.
Hubungi
Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe
Comments
Post a Comment