Kepentingan Vitamin C untuk ibu hamil
Bercerita mengenai Vitamin C, majoriti tahu bahawa vitamin C sangatlah sinonim dengan kecantikan. So bila fikir nak cantik, vitamin C sentiasa di fikiran mereka selain dari vitamin E.
Dan bercerita pula tentang kehamilan, ramai yang lupa bahawa vitamin C merupakan salah satu vitamin yang juga penting bagi ibu hamil. Ya. Selain dari asid folik dan kalsium, vitamin C juga tidak harus dilupakan sepanjang kehamilan anda.
Kenapa ia sangat penting? Adakah ianya berisiko jika anda kekurangan vitamin C semasa hamil?
Jom kita kaji balik apa fungsi vitamin C ini sebenarnya. Sudah ramai yang tahu bahawa Vitamin C sangat penting kerana ia dapat meningkatkan sistem imun seseorang. Dalam kes ibu hamil ini, pengambilan vitamin C sangatlah baik bagi mereka yang mengalami selsema atau demam. Walaupun panadol atau paracetamol sudah dikira selamat bagi ibu hamil, tetapi jika anda mempunyai pilihan yang lebih selamat, kenapa tidak anda hanya mengambil vitamin C sahaja setiap hari bagi menggantikan paracetamol. Terdapat kajian yang menyatakan hanya dengan meningkatkan pengambilan vitamin C semasa demam atau selsema sudah mampu mengurangkan tahap kronik demam anda dan juga mengurangkan tempoh sakit anda. Jadi, jika anda mengalami demam atau selsema, apa yang lebih baik adalah gandakan pengambilan vitamin C dan banyakkan minum air kosong juga setiap hari.
Ibu hamil kalau tak stress memang tak sah kan? Ibu hamil sangat mudah stress atau berdepan dengan tekanan tak kiralah tekanan di tempat kerja atau di rumah. Mereka ini sangat mudah mengalami stress disebabkan oleh pengaruh hormon yang tidak stabil lebih-lebih lagi semasa fasa trimester pertama. Mereka cepat marah, emosi terganggu, kadangkala gembira dan kadangkala rasa sedih dan selalu termenung. Stress yang berpanjangan boleh mempercepatkan penyusutan vitamin C dan untuk itu, sememangnya pengambilan vitamin C sangatlah penting bagi ibu hamil.
Selain itu, vitamin C juga penting kerana ia berfungsi dalam meningkatkan lagi kadar penyerapan zat besi yang diambil oleh ibu hamil. Zat besi ini penting untuk pembentukan hemoglobin supaya ia tidak memberi kesan buruk kepada ibu dan juga kandungan.
Memang banyak sungguh kebaikan vitamin C ini sebenarnya dan sememangnya ia disarankan untuk diambil semasa hamil. Pelbagai jenis suplemen vitamin C yang anda boleh dapat di pasaran sekarang ini. Apapun, vitamin C dari sumber makanan juga tidak harus dilupa. Pengambilan sayuran hijau juga sangat penting kerana ia kaya dengan vitamin C.
Jadi pilihan bagi mereka yang susah untuk makan sayuran atau mereka yang mengalami alahan yang teruk hingga tidak lalu makan, boleh saja mendapatkan suplemen Sustained Release Vitamin C brand Shaklee ini. Sememangnya ia adalah Vitamin C terbaik kerana ia adalah semulajadi. Bermakna ianya bukanlah sintetik di mana suplemen sintetik berkemungkinan akan diserap hanya beberapa persen sahaja di dalam tubuh.
Tunggu apa lagi mak buyung. Jom dapatkan sebotol dari saya sebagai wakil Shaklee anda. Sebotol mengandungi 180 biji yang mampu bertahan sehingga 8 bulan. Lama kan? Memang menjimatkan sebab harga pun tak mahal mana.
Hubungi
Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe
Comments
Post a Comment