Pemakanan untuk ibu hamil yang mengalami anemia

Anemia adalah keadaan di mana paras darah merah yang rendah daripada biasa iaitu kurang daripada 10gm%. Ini akan menyebabkan pigmen pengangkut oksigen iaitu hemoglobin berkurangan dan ini akan mengurangkan pengangkutan oksigen oleh darah. Anemia di mana kekurangan zat besi merupakan salah satu anemia yang kerap kali terjadi di kalangan ibu hamil. 





Apakah tanda-tanda awal?

- Pucat
- Kerap kali mengalami sakit kepala dan pening
- Rasa letih lesu dan tidak bermaya


Komplikasi 

1) Keguguran

2) Pembesaran janin terbantut (IUGR)

3) Kelahiran pra-matang

4) Mudah mendapat jangkitan

5) Kematian anak dalam perut

6) Jika berlaku pendarahan, keadaan akan lebih mudarat


Siapakah mereka yang berisiko?

1) Wanita yang kerap mengandung (jarak kehamilan kurang daripada 2 tahun) 

2) Kehilangan darah berpanjangan seperti penyakit buasir dan menorrhagia

3) Tidak mengamalkan pemakanan seimbang


Mengapakah wanita berisiko tinggi untuk mendapat anemia?

Ketika mengandung, keperluan zat besi meningkat kerana :

- keperluan darah merah meningkat lebih dari biasa

- pertumbuhan dan perkembangan janin dalam kandungan

- pertumbuhan dan perkembangan uri

- kehilangan darah semasa melahirkan bayi


Apakah langkah pencegahan dan cara mengatasi anemia melalui pemakanan?


1) Amalkan pemakanan yang sihat mengikut piramid makanan.

2) Meningkatkan pengambilan sumber zat besi dalam makanan sekurang-kurangnya 4 kali dalam seminggu.

3) Mengambil pil tambahan untuk menambahkan kepekatan hemoglobin seperti zat besi, asid folik dan vitamin B12.

4) Sekiranya mengalami anemia teruk (paras Hb kurang daripada 8gm%), anda mungkin diberi : 

     a) Suntikan zat besi ( imferon) 
   
     b) Pemindahan darah

5) Mengurangkan pengambilan penghalang penyerapan zat besi dari makanan seperti minuman teh dan kopi. Susu juga merupakan penghalang kepada penyerapan zat besi. Elakkan dari makan keduanya serentak.


Sumber zat besi dalam makanan 

Sumber Haiwan


  • Daging lembu
  • Ayam
  • Hati/pedal ayam
  • Hati lembu
  • Kekerang
  • Ikan bilis
  • Kuning telur
  • Ikan

Sumber Tumbuhan

  • Ketola
  • Cekor manis
  • Bayam merah
  • Kangkung

Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh?


1) Mengambil makanan dari sumber haiwan seperti daging, ayam dan ikan.\

2) Mengambil bersama buah-buahan yang mengandungi vitamin C untuk menggalakkan penyerapan zat besi.

3) memerah perahan air limau ke atas makanan.

4) Menyedia dan memasak sayuran hijau bersama perencah seperti ikan bilis, udang, hati, daging atau telur untuk menambah kandungan zat besi.

5) Elakkan meminum teh atau kopi bersama hidangan makanan atau ketika mengambil pil tambahan zat besi. Teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi.


JOM JAGA KESIHATAN KANDUNGAN ANDA!


Comments

Popular Posts