Tips kesuburan suami isteri

Isu anak sememangnya hal yang amat sensitif sekali bagi pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan anak. Bagi mereka yang sentiasa mendapat sokongan dari orang sekeliling mereka, ia semestinya suatu perkara yang amat membahagiakan walaupun tanpa anak. Tapi mungkin agak menyedihkan bagi mereka yang kurang mendapat sokongan padu dari keluarga. 

Masalah sukar mendapat anak adalah masalah biasa di seluruh dunia. Yang paling penting, jangan hanya menyalahkan satu pihak sahaja. Sebaliknya pasangan suami isteri itu perlu mendapatkan rawatan dari doktor pakar untuk mengetahui punca kepada kesukaran mendapatkan anak. Tujuannya bukan untuk mencari siapa yang salah atau siapa yang mandul. Tapi lebih kepada mencari penyelesaian bagi masalah pasangan itu. 




Setelah berjumpa pakar dan mengetahui punca kepada kesukaran untuk mendapatkan zuriat, pasangan suami isteri itu mungkin akan dicadangkan beberapa rawatan kesuburan untuk mereka yang bermasalah. Kebiasaannya masalah yang berlaku pada wanita mungkin melibatkan masalah pangkal rahim, fibroid, polyp, tiub fallopio tersumbat, masalah ovari dan lain-lain lagi. Sementara bagi lelaki pula, masalah seperti pengeluaran sperma yang tidak berkualiti, bilangan sperma tidak cukup dan bentuk sperma tidak normal. Setiap masalah ada rawatan tertentu di mana pasangan perlu berbincang dahulu dengan doktor pakar infertiliti. 

Jika masalah berkaitan ovulasi, pengambilan ubat subur dalam bentuk pil dan injection adalah disarankan. Jika masalah berkaitan dengan tiub peranakan yang rosak, rawatan in-vitro fertelization (IVF) pula disarankan. Jika kuantiti dan kualiti sperma pula yang kurang memuaskan, kaedah intracytoplasmic sperm injection (ICSI) yang akan disarankan. 

Tetapi ada pasangan yang tidak mempunyai keberanian untuk melakukan rawatan-rawatan khas yang telah dicadangkan kepada mereka. Ditambah pula dengan kos rawatan yang agak mahal, lagi membuatkan mereka serba salah untuk meneruskan kaedah-kaedah yang belum tentu memberikan hasil yang positif buat mereka. 

Pakar Perbidanan Sakit Puan & Infertiliti Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr. Zamri Abd Rahim mengatakan secara puratanya, rawatan IVF tidak memberi  jaminan 100% wanita akan hamil selepas rawatan. Sebaliknya harapan hanya diberikan di antara 25-35% peluang bergantung kepada faktor usia dan lain-lain. 

Justeru bagi anda yang mempunyai kekangan lain seperti masalah kewangan, anda bolehlah mencuba kaedah lain seperti mengamalkan beberapa suplemen kesihatan yang dipercayai dapat membantu anda untuk mudah hamil. Ianya bukan ubat. Malah bukan jamu. Ia adalah makanan tambahan yang didapati boleh meningkatkan kesihatan dalaman anda dan pasangan anda seterusnya memastikan tubuh anda sihat dan mampu untuk hamil.

Antara suplemen dari Shaklee yang dicadangkan untuk kesuburan isteri dan suami adalah :

ISTERI
1) Energizing Soy Protein (ESP)
2) Vitalea
3) B-complex
4) Vitamin C
5) Alfalfa
6) GLA Complex

SUAMI
1) Energizing Soy Protein
2) Vitalea
3) B-complex
4) Vitamin C
5) Vitamin E
6) Zinc

Bagaimana pengambilan suplemen Shaklee ini boleh membantu merawat masalah kesuburan ini?

1) Vitalea
2) Vitamin C
3) B-complex

Ketiga-tiga suplemen di atas adalah VITAMIN ASAS dan merupakan tunjang utama untuk kesihatan badan. 

VITAMIN KESUBURAN 

4) Vitamin E
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal kerana mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.

5) Zinc
Zinc digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosteron dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zinc berperanan dalam proses pembentukan genetik iaitu DNA ( Deoxyribose nucleic acid).

6) Alfalfa dan GLA Complex
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut, sakit pinggang yang melampau ketika didatangi haid. Alfalfa disarankan makan bersama dengan kalsium. Ia juga turut membantu dalam hubungan suami isteri ( bertindak seperti kacip fatimah).





Apapun, kita hanya mampu merancang sahaja. Allah jua yang menentukan segalanya. Tapi usaha juga amat penting bagi mereka yang mengalami masalah kesukaran mendapatkan anak.

Jika anda mempunyai masalah kesuburan, dan berminat ingin mencuba suplemen kesihatan ini, jangan segan silu untuk hubungi saya. Ingat, usaha itu tangga kejayaan. Jangan berhenti mengharap selagi masih ada harapan.

Hubungi 

FB : Nutri Hijau Shoppe
Call/sms/whatsapp : 012-3860720
Email : khshaklee@gmail.com

Comments

Popular Posts