3 Persoalan Tentang Saya dan Shaklee

Assalamualaikum..

Bagi anda yang belum lagi dapat kenal pasti matlamat hidup anda dan apa tujuan anda lakukan sesuatu kerja itu, mungkin anda boleh mula fikirkan kesemuanya berdasarkan persoalan di bawah ini.  



Biar saya jawab persoalan saya mengenai bisnes Shaklee yang jalankan sekarang ini.

Kenapa saya join Shaklee?

Banyak sangat sebabnya. Masa awal-awal pembabitan saya dengan Shaklee, mungkin disebabkan mahu cari side income di samping masa bekerja yang sangat fleksibel. Sebab sebolehnya saya memang tidak mahu bekerja di luar office kerana anak saya masih kecil dan inginkan kebajikan mereka terjaga. Ya..saya memang sangat pentingkan kebajikan anak-anak terjaga. Bukan tidak percayakan orang luar, tetapi jika kita masih ada banyak lagi pilihan lain untuk mencari pendapatan, mengapa tidak saya cuba dengan Shaklee ini.

Walaupun pada awalnya saya memang sudah blacklist perniagaan yang berunsurkan MLM, tapi saya mengalah dengan Shaklee. Kenapa? Sebab ianya banyak mencabar saya untuk menjadi seorang yang lebih aktif. Lebih berkeyakinan untuk bercakap dan berhubung dengan orang. Pendek kata membuatkan saya menjadi lebih positif walau cabaran macam mana datang sekalipun. Cabaran memang akan sentiasa datang dalam bisnes. Cuma bagaimana cara kita handle cabaran itu yang akan membuatkan kita lagi matang dan positif. 

Apa yang saya akan dapat dengan Shaklee?

Banyak sangat input yang sudahpun saya dapat dari Shaklee ini sejak penyertaan saya. Pertamanya, dari segi income. Sememangnya sangat membantu saya kerana serba sedikit dapat meringankan beban suami saya di hujung bulan memandangkan hanya suami saya saja yang bekerja. Bukan sekadar keuntungan yang diperolehi, malah bonus pun saya sudah perolehi dan bila hujung bulan, masih lagi ada duit untuk dibelanjakan. Sedikit sebanyak, duit bonus tu saya boleh bayar hutang PTPTN kan? Dan kerja hanya dilakukan di rumah sahaja. Masa pula sangat fleksibel. Selain itu, saya banyak belajar selok belok perniagaan, dan juga tentang penjagaan kesihatan. Untuk menjadi seorang yang berjaya, kita juga perlu lengkapkan diri kita dengan ilmu. Tidak kiralah ilmu apa sekalipun. Dengan ini, secara tak langsung kita akan meningkatkan tahap pembacaan kita. Kita akan lebih banyak meluangkan masa dengan membaca demi melengkapkan diri kita dengan ilmu dan menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang.This is what i want! Walaupun orang kata MLM, tapi kita berniaga with our good products. Kita mempromosi produk yang baik untuk kesihatan. Bukan sekadar mencari keuntungan semata-mata, malah saya dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan baik yang tua mahupun muda. Shaklee adalah famili bisnes!




Bolehkah saya berjaya dengan Shaklee?

Ya. Saya sangat yakin 100% saya akan berjaya. Shaklee adalah sebuah syarikat yang sangat stabil. Dah semakin meningkat naik di dunia apatah lagi di Malaysia. Kebanyakan yang menjadi distributor Shaklee adalah mereka yang terdiri dari surirumah dan sudahpun mampu menjana pendapatan 5-angka. Hebat kan? Kalau mereka boleh, kenapa saya tidak boleh. Apa yang sangat diperlukan hanyalah kesungguhan untuk berjaya. Kalau nak berjaya, kesungguhan sangatlah perlu. Yang membezakan adalah samada cepat atau lambat sahaja. Yakinlah dengan rezeki yang Allah beri. 

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dan saya sangat yakin dengan kemahuan saya yang sangat tinggi terhadap Shaklee. Saya ingin sangat membantu mereka yang berstatus surirumah dan mereka yang berkeinginan ingin menjadi WAHM (work at home mother), supaya jangan lepaskan peluang yang sudah terbentang di depan mata kita. Sememangnya sebelum ini, saya seorang yang sangat anti dengan bisnes MLM, tetapi ternyata apabila saya diketemukan dengan Shaklee, saya tewas. Inilah yang saya inginkan dan saya cari selama ini! Saya yakin saya boleh berjaya dengan Shaklee. Insyaallah Allah akan perkenankan jika niat kita betul. Bukan sekadar menjana pendapatan, tetapi membantu mereka untuk menjalani kehidupan dengan lebih sihat seterusnya dapat menjadi khalifah terbaik seperti yang dituntut Allah.




Jika anda juga nak jadi macam saya, jangan segan silu untuk hubungi saya.

Call/sms/whatsapp : 012-3860720 (Ku Hasnah)
Email : khshaklee@gmail.com
FB : Nutri Hijau Shoppe







Comments

Popular Posts