Bestnya bisnes Shaklee!
Memang saya happy dengan life saya sekarang. Bukan nak cerita yang saya dah kaya sangat dah sekarang. Tapi saya sangat happy dengan apa yang saya dapat lakukan sekarang. Sebabnya apa yang saya lakukan sekarang ni semuanya kerana minat saya yang begitu mendalam dalam bisnes Shaklee sekarang ni..
How i fall in love with Shaklee?
Memang sesiapa saja akan tanya saya macam mana saya boleh terjebak dengan Shaklee ni. Semuanya bermula bila saya ada masalah dengan penyusuan untuk anak kedua saya Nur Iman Zahraa'.Lepas mula period, susu pun dah semakin merudum..memang stress sangat.Hari pertama boleh tahan lagi bila susu berkurang.Saya teruskan sesi perahan susu.Tapi still tak banyak mana. Saya kerapkan lagi penyusuan.Still takde perubahan.Masuk hari ke-2 dan seterusnya masih lagi tiada perubahan.Saya dah stress, tension.Saya cari pil asi.Sebab masa tu dalam kepala saya, hanya pil asi saja yang sangat murah.Masa tu saya tak pernah cari lagi vitamin Shaklee untuk tambah susu.Saya tak pernah tanya orangpun berapa harganya.Sebab dalam kepala saya, saya dah terbiasa dengan cakap-cakap orang yang vitamin Shaklee ni mahal.So, sayapun tak cari.Padahal, tak mahal manapun vitamin Shaklee.Anda masih mampu beli pada harga bajet demi anak anda.
Bila tunggu pil asi ni sampai-sampai kat rumah saya, saya jadi stress lagi.Terdetik kat hati saya, aku kena juga cari vitamin Shaklee ni. So, saya memang tak fikir panjang, memang saya terus pergi beli kat kedai barangan baby di Alor Setar yang kebetulan menjual vitamin Shaklee. Kebetulan yang ada hanyalah Alfalfa dan Ostematrix. Saya grab terus 2 botol tu tanpa fikir panjang. Asalkan vitamin ni membantu saya mengatasi masalah saya. Saya banyakkan berdoa juga..Alhamdulillah.Memang membantu sangat-sangat. Selama beberapa bulan saya makan, saya nampak kesan positif lain terutamanya saya dah takda lagi sakit-sakit badan. Bukan susu saja yang bertambah dan maintain.Saya terus ambil keputusan untuk daftar jadi ahli dan ingin menjana pendapatan melalui bisnes Shaklee ini setelah saya jatuh cinta yang amat pada Shaklee!
Alhamdulillah.Saya bertemu dengan orang yang betul-betul membantu saya dalam bisnes ni. Antara kelebihan yang saya dapat dari join Shaklee ni, saya dapat beli vitamin pada harga yang sangat jauh lebih murah. Dalam masa yang sama, saya dapat kumpul point yang membolehkan saya terima bonus di akhir bulan. Sangat best!Dari 2 angka, saya kini dapat 3 angka. Kini, saya merangka untuk ke 4 angka. INSYAALLAH.
Bagaimana Shaklee mengubah saya?
Saya dijemput masuk ke secret group Facebook yang dikelolakan oleh mereka yang sudah berjaya dengan bisnes Shaklee ni.Kebanyakannya adalah Jutawan Shaklee.Memang seronok dapat join group ni. Terlampau banyak sangat ilmu yang telah dikongsi bersama baik dari segi berkenaan bisnes ataupun hal keagamaan (amalan rohani). Pendek kata, Shaklee benar-benar mengubah hidup saya. Saya menjadi seorang yang rajin membaca. Kalau saya keluar dan ada masa terluang, saya akan cari sesuatu bahan bacaan untuk dibaca. Saya kini lebih suka membaca kolum kesihatan. Itulah saya sekarang. Saya juga telah menjadi seorang yang benar-benar menjaga kesihatan dan menjadi lebih berdisiplin bila makan suplemen. Saya telah menjadi seorang yang sangat pentingkan amalan minum air kosong yang mencukupi setiap hari. Itulah saya. Sebab saya mahu sentiasa sihat setiap hari sepanjang saya menjaga dan membesarkan anak-anak saya.
Yang bestnya bisnes Shaklee ni, semuanya boleh dilakukan secara online!Best kan?Hanya di hujung jari saja. Yang penting ada internet. Tidak perlu menghadiri seminar yang pelbagai. Itu tidak diwajibkan. Tidak seperti kebanyakan MLM lain yang berseminar hingga lewat malam.Inilah yang saya impikan. Dapat bekerja dari rumah di samping anak-anak di depan mata. Masa bekerja juga flexible. Tapi semestinya harus ada time management yang betul. Itulah impian saya dan sememangnya saya agak keberatan meninggalkan anak-anak saya pada orang. Mujur saya diketemukan dengan Shaklee.Masih ada lagi cara saya menjana pendapatan walau hanya dari rumah. Menarik bukan? Kerja mudah tapi tetap memerlukan usaha yang gigih untuk berjaya.
Apa lagi yang best tentang Shaklee ni?
Cara mengendalikan bisnes juga sangat mudah. Tak susah mana. Jika ada order dari pelanggan, dan anda ketiadaan stok vitamin, tak perlu risau. Anda hanya perlu call, email atau fax ke Shaklee HQ dan mereka akan uruskan segalanya termasuklah urusan pengeposan. Mudah kan? Tak perlu stok dalam tangan pun, semuanya masih boleh berjalan. Betapa mudahnya bisnes Shaklee. Hujung bulan, anda hanya tunggu bonus sahaja. Alhamdulillah.Tiap-tiap bulan saya terima bonus dari Shaklee. Dari situ, saya dapat juga bayar hutang PTPTN saya sedikit demi sedikit. Semuanya boleh asalkan ada usaha. Tiada jalan mudah untuk menjadi kaya. Apapun, kesungguhan dan minat perlu ada dalam apa jua yang kita lakukan. Tiada istilah skim cepat kaya dalam Shaklee ataupun upline goyang kaki bila dah ada downline. NO! Memang setiap orang akan mendapat hasil dari titik peluh masing-masing.
Jadi, anda tunggu apa lagi. Banyak kebaikan dan kelebihan yang bakal anda dapat jika anda sertai kami. Hanya dengan modal yang terlalu rendah iaitu RM75 untuk pendaftaran, anda mampu mengubah hidup anda dan keluarga anda. INSYAALLAH.
Jom sertai kami!
Hubungi saya jika berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan
FB : Ku Hasnah Ku Yaacob
FB Page : Nutri Hijau Shoppe
Email : khshaklee@gmail.com
Comments
Post a Comment