Set menyusu untuk bayi kuning

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jaundis atau bahasa kita dipanggil kuning terjadi pada bayi yang sihat apabila darah bayi mempunyai bilirubin yang berlebihan. Bilirubin merupakan satu bahan kimia yang dihasilkan semasa sel darah merah diuraikan. Bayi yang baru lahir cenderung untuk mempunyai tahap bilirubin yang berlebihan kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan kadangkala ginjal mereka masih baru dan belum berfungsi sepenuhnya untuk memproses bilirubin.




Apabila tahap bilirubin meningkat tinggi lebih dari paras normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, tengkuk dan badan. Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami sistem kerosakan saraf, tetapi ini berlaku apabila bilirubin berlaku pada tahap yang terlampau tinggi.


Siapa yang mudah mendapat jaundis?

Kebiasaaannya, sebanyak 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari ke-2 atau hari ke-3 selepas kelahiran dan hilang setelah seminggu. 80% bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis antara 5-7 hari selepas kelahiran dan akan hilang dalam tempoh 2 bulan selepas kelahiran. 


Cara merawat jaundis

Semestinya susu ibu adalah cara terbaik untuk merawat jaundis. Jika ibu menyusukan bayi, pastikan penyusuan adalah kerap dan adalah perlu bagi si ibu untuk mengejutkan bayi yang sedang tidur untuk disusukan. Pada waktu ini, ibu perlukan banyak rehat, air yang cukup, makanan yang berzat dan berkhasiat serta sokongan yang banyak. Bagi yang mengalami jaundis yang agak teruk, dan didapati tahap bilirubin sangat tinggi selepas ujian darah, bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan iaitu fototerapi. Bayi akan diletakkan di bawah lampu cahaya biru di katilnya dan cahaya ini akan membantu memecahkan bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin.

Jaundis ini boleh menjadi bahaya jika bilirubin terlalu tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan. Jadi, kes ini tidak boleh diambil ringan dan kajian juga menunjukkan jika bilirubin dibiarkan melepasi satu tahap, pendengaran bayi akan terjejas. Pada tahap yang terlalu tinggi juga, otak akan turut terjejas dan ini akan membantutkan tumbesaran mereka kelak.


Kepentingan susu ibu bagi bayi jaundis

Jadi, amatlah penting bagi ibu-ibu agar mendapatkan khasiat dan nutrisi sepenuhnya supaya badan ibu dapat menghasilkan susu ibu yang berkualiti. Emosi juga haruslah dijaga supaya ia tidak mengganggu proses penghasilan susu ibu kerana emosi yang tidak teratur akan membantukan penyusuan susu ibu.

Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah untuk menyusukan anak, masih banyak cara untuk dilakukan demi memastikan anak anda dapat disusui sekaligus dapat mengurangkan demam kuning ini. Apa yang penting, ibu-ibu haruslah mendapatkan makanan yang seimbang. Jadi, set menyusu Shaklee boleh membantu anda membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh ibu menyusu bagi mengatasi masalah kuning ini. Jangan sekali-kali terus memberikan susu formula kepada bayi anda sebaliknya cuba berikan banyak rangsangan supaya bayi dapat menyusu sepenuhnya. 

Di Shaklee, Vitalea, B-complex, Vitamin C, dan Energizing Soy Protein dapat membantu anda membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan. 





Bagi kes demam kuning ini, Alfalfa tidak digalakkan untuk diambil kerana alfalfa adalah herba yang mungkin boleh menyebabkan bayi panas dan cirit birit. Jadi, jika ibu mengalami masalah untuk menghasilkan susu ibu, Energizing Soy Protein boleh diambil menggantikan Alfalfa sebagai 'milk booster' seterusnya membantu memperbanyakkan susu ibu. B-complex pula dapat membantu ibu agar emosi sentiasa berada dalam keadaan stabil dan tidak tertekan lebih-lebih lagi ketika bayi anda menghidap demam kuning. 

Dengan pengambilan vitamin-vitamin ini, secara tidak langsung si ibu turut mendapat zat-zat yang tidak dapat diambil sebelum itu dan seterusnya zat-zat ini dapat disalurkan kepada bayi menerusi penyusuan susu ibu. Dengan penyusuan susu berkualiti yang kerap, insyaallah masalah demam kuning yang dialami akan berkurangan sedikit demi sedikit.








Comments

Post a Comment

Popular Posts