Diet paling menyenangkan
1) Catat..catat ..
Dalam American Journal of Prevention
Medicine, penurunan berat badan boleh menjadi banyak apabila anda rajin
mencatat apa yang dilakukan ke dalam diari diet.
2) Bayangkan sahaja..
Menurut Science Journal, membayangkan
makanan dapat ‘menipu’ fikiran daripada terus melahap makanan tersebut. Ini
dapat mengurangkan keinginan makan yang berlebihan.
3) Sambil mendengar muzik..
Apabila anda sedang berdiet, cubalah
makan sambil dengar muzik. Penelitian menunjukkan makan sambil mendengar muzik
dapat membuatkan anda mengunyah dengan lebih perlahan dan santai sehingga anda
makan lebih sedikit.
4) Ambillah serat..
Serat semulajadi yang terdapat dalam
biji-bijian, sayuran hijau, buah dan kekacang boleh membantu menurunkan berat
badan kerana ia membuatkan seseorang itu merasa cepat kenyang dan mengelakkan
dari makan secara berlebihan.
5) Trauma kerana gagal diet…
Penelitian yang dilakukan oleh Natural Ketosis Company menunjukkan,
trauma psikis boleh berlaku kepada
90% wanita gemuk yang pernah mengalami kegagalan dalam program diet. Malah
mereka akan menyalahkan diri sendiri kerana kegemukan yang dialaminya.
6) Makanlah yang pedas..
Kajian mengatakan makanan yang pedas
boleh meningkatkan denyutan jantung, seterusnya menghasilkan lebih banyak
tenaga sehinggakan lebih banyak kalori yang terbakar.
7) Diet Berjaya = Cukup tidur
Dalam penelitian yang dilakukan, jika
seseorang yang mengalami stress dan tidak dapat tidur yang cukup, besar
kemungkinan program diet yang sedia dijalankan tidak akan berhasil.
Comments
Post a Comment