Ostematrix : Cara dapatkan Kalsium semulajadi

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kalsium adalah mineral terbanyak yang terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis selain digunakan untuk membina darah dan penting juga untuk penghasilan susu ibu. 

Di dalam susu ibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia ada dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.


Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui period, susunya akan merudum. Ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah yang perlu disingkir. Kalsium yang ada di dalam badan perlu digunakan untuk membina semula darah dan disebabkan ini, kalsium di dalam badan semakin berkurang dan ini turut mempengaruhi penghasilan susu badan.




Jadi, bagaimana mahu dapatkan makanan berunsurkan Kalsium?



Kebanyakan kalsium berasaskan makanan datang daripada bahan tenusu. Anggapan bahawa kalsium daripada tenusu tidak diserap sebenarnya tidak disokong oleh kajian saintifik. Lain-lain sumber kalsium yang baik termasuk sardin, ikan salmon yang ditinkan, sayuran berdaun hijau dan tofu. Jadi, jika anda seorang yang tidak mengalami masalah untuk mendapatkan makanan mengikut piramid makanan, ianya mudah untuk anda mendapat kalsium. 





Tetapi, bagi anda yang susah untuk mendapatkan makanan berunsur kalsium, atau dalam erti kata lain, anda memang tak suka minum susu, masih ada lagi penyelesaian yang boleh membantu anda mendapatkan kalsium semulajadi secukupnya terutamanya bagi ibu menyusu.


Apakah penyelesaiannya?


Supplemen Shaklee  bukan sekadar milk booster. Manfaat yang diperoleh terlalu banyak dan mencakupi pelbagai aspek kesihatan seperti sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem perkumuhan dan lain-lain. Supplemen Shaklee adalah satu usaha yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan taraf kesihatan anda
 terutamanya ibu menyusu dan ibu hamil. 


Di Shaklee, kami ada Ostematrix atau dengan nama lamanya Kalsium Magnesium. Amat penting bagi ibu-ibu menyusu selain dari mereka yang selalu mengalami sakit badan yang memang berpunca dari kekurangan kalsium. Antara keistimewaan Ostematrix ini adalah ianya diperkayakan dengan Magnesium dan Vitamin D. Amat mudah dan penyelesaian yang terbaik bagi anda yang susah nak minum susu!




Comments

Popular Posts