Vitamin untuk migrain
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Apa itu migrain?
1) Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
2) B-Complex
Apa itu migrain?
Penyakit migrain berlaku apabila kesakitan yang dialami berupa denyutan di sebelah kepala yang datang bersama perasaan mual, ingin muntah, tidak tahan kepada bunyi yang kuat, dan juga cahaya yang terang. Kebiasaannya kesakitan migrain akan dicetuskan kerana pendarahan haid, pertukaran cuaca panas dan sejuk, berpuasa, kekejangan minda, kurang tidur, cahaya lampu yang terang dan bau-bauan yang kurang menyenangkan.
Migrain selalunya akan berlanjutan dari beberapa jam ke beberapa hari. Rasa sakit kepala biasanya akan datang dan pergi. 60% penghidap migrain mungkin akan mendapat petanda awal serangan penyakit ini seperti keadaan mudah letih (lesu), kurang tenaga, mudah marah, kuat makan, sukar membuang air besar, mengalami sakit tengkuk, dan kerap menguap.
Punca migrain
Punca migrain adalah kompleks. Antara teori penyebab penyakit ini adalah pengaktifan saraf yang dipanggil trigeminal ganglion yang berada di bahagian bawah otak berdekatan saraf tunjang. Apabila saraf ini diaktifkan secara luar biasa, ia akan menghasilkan kompleks dipanggil substance P, calcitonin gene-related peptide, dan juga neurokinin A yang akan menyebabkan saraf di sekelilingnya bengkak. Ia menghasilkan rasa sakit yang dialami di sepanjang kulit yang dirangsang saraf berkenaan.
Secara amnya, penyakit ini tidaklah merbahaya. Pemahaman tentang penyebab dan cetusan migrain adalah penting supaya seseorang itu boleh mengawal dan memantau serangan penyakit ini. Jika tidak dirawat dari awal, inilah yang menjadikan migrain suatu penyakit yang mendatangkan kemudaratan.
Sekiranya migrain menyerang secara serius, penghidapnya perlu berehat dan mengambil ubat tahan sakit. Tidur di dalm bilik yang gelap dalam keadaan tenang dapat melegakan rasa sakit kepala ini.
Elokkah amalan pain killer?
Pengambilan ubat tahan sakit seperti paracetamol tidak salah ketika mengalami sakit kepala yang teruk. Dengan dos dan jumlah yang betul, paracetamol dapat membantu melegakan kesakitan yang dialami. Walaupun begitu, pengambilan paracetamol tidak dapat membantu penghidap migrain kerana mereka cenderung untuk mengalami rasa sakit kepala yang keterlaluan dan tidak mampu dikawal dengan ubat jenis ini. Oleh kerana sakit kepala yang tidak terkawal, penghidap migrain cenderung mengambil ubat penahan sakit jenis lain yang lebih 'kuat'. Keburukannya, pengambilan ubat jenis ini tidak digalakkan oleh doktor kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan jika diambil secara berlebihan. Sekiranya meghidap migrain mengambil ubat penahan sakit secara berlebihan, ia boleh menyebabkan penyakit lain yang lebih berbahaya seperti strok.
Cara elak migrain
1) Jika migrain ketika datang haid, pengambilan ubat seperti propanolol berfungsi untuk merendahkan tekanan darah dan berkesan bagi mengatasi migrain. Ubat ini harus diambil sehari atau dua hari sebelum datang haid bagi mengelakkan serangan sakit kepala.
2) Pengambilan ubat penahan sakit haruslah rendah dan boleh dilebihkan hanya dengan saranan doktor. Kebanyakan ubat mengambil masa sehingga 4 minggu sebelum betul-betul berfungsi dengan mujarab. Elakkan pengambilan ubat penahan sakit yang mengandungi opiod dan ergot kerana bahan ini boleh meningkatkan risiko serangan jantung.
3) Jika sakit kepala semakin berkurangan selepas pengambilan ubat, kurangkan dos pengambilan sehingga anda sembuh seperti biasa. Seeloknya hindarkan pengambilan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju dan makanan yang tinggi monosodium glutamate (MSG). Elakkan pengambilan kafein seperti kopi secara berlebihan. Makanan yang banyak kandungan rempah 'panas' juga tidak digalakkan.
4) Bagi mengatasi migrain, elakkan diri berada dalam keadaan tertekan. Stress boleh menyebabkan sakit kepala yang berlanjutan. Rehat dan tidur secukupnya. Jadual tidur yang tidak tetap akan menyebabkan anda mudah sakit kepala dan mendapat tekanan darah tinggi.
3) Jika sakit kepala semakin berkurangan selepas pengambilan ubat, kurangkan dos pengambilan sehingga anda sembuh seperti biasa. Seeloknya hindarkan pengambilan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju dan makanan yang tinggi monosodium glutamate (MSG). Elakkan pengambilan kafein seperti kopi secara berlebihan. Makanan yang banyak kandungan rempah 'panas' juga tidak digalakkan.
4) Bagi mengatasi migrain, elakkan diri berada dalam keadaan tertekan. Stress boleh menyebabkan sakit kepala yang berlanjutan. Rehat dan tidur secukupnya. Jadual tidur yang tidak tetap akan menyebabkan anda mudah sakit kepala dan mendapat tekanan darah tinggi.
Bagaimana Shaklee dapat membantu mengatasi migrain?
Pengambilan ubat tahan sakit yang 'kuat' amatlah tidak disarankan kerana ia boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Jadi, cara lain yang lebih selamat adalah dengan pengambilan supplemen semulajadi atau natural. Supplemen adalah lebih baik dari ubat kerana supplemen ini diperbuat daripada bahan makanan dan merupakan ekstrak daripada makanan yang membekalkan nutrien harian. Ubat pula kebanyakannya diperbuat daripada dadah yang telah diformulasikan di makmal.
Untuk masalah migrain ini, Ostematrix dan B-complex adalah yang TERBAIK.Jom ketahui bagaimana kedua-dua supplemen ini membantu mengatasi migrain..
1) Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium - di samping membina tulang dan gigi, ia turut membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium - penting utk metabolisme kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Kajian dijalankan ke atas Magnesium dan didapati ia membantu mengurangkan migrain dan frekuensinya.
Vitamin D - penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada Vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh tinggal sebagai batu dala ginjal atau pundi kencing.
2) B-Complex
Vitamin B2 (Riboflavin) dan Vitamin B6 ( Pyridoxine) telah terbukti membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Vitamin B2 berperanan untuk membentuk sel darah merah, antibodi dalam tubuh, dan membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Kekurangan tenaga juga dikatakan punca kepada migrain. B-complex juga mampu mengatasi masalah stress anda kerana stress juga merupakan salah satu punca kepada tercetusnya migrain. B-complex juga baik untuk saraf kerana migrain berpunca dari tindakan pengaktifan saraf secara luar biasa.
So, dah tau penyelesaian terbaik untuk masalah migrain anda?Apa lagi..jom dapatkan sekarang..baik untuk mengatasi migrain mahupun kesihatan anda sepanjang hari..
Comments
Post a Comment