Suami isteri: Vitamin untuk rangsang seks

Bagi anda yang mengalami masalah keghairahan seks, mungkin anda boleh jadikan ini sebagai tips atau cara untuk anda mengatasi masalah anda.Jom baca dulu apa yang boleh dikongsikan dengan anda setakat ini.

Vitamin yang terdapat di dalam sayur dan buah-buahan memang turut menyumbang kepada penghasilan hormon seks. Tapi, jika diambil secara berlebihan, ia mungkin akan meneutralkan kesan negatif estrogen di mana ia akan mengurangkan ghairah seks kelak. Ikan, kuning telur, hati, kacang tanah dan semua yang mengandungi vitamin B6 berupaya untuk mengurangkan hormon prolaktin, seterusnya menurunkan daya seksual wanita kerana hormon ini saling berkait antara satu sama lain.

Zink memang sinonim dengan lelaki. Mengapa? Kerana jika ianya diambil dalam kuantiti yang tidak mencukupi, ia mampu mengganggu perkembangan seksual anak-anak. Zink perlu dalam penghasilan sperma. Zink dikatakan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma. Ia boleh didapati dari makanan berasaskan haiwan termasuk daging, hati, telur, susu dan kacang. 

Vitamin E juga sangat penting dalam hal ini kerana vitamin ini berfungsi dalam menjaga kesihatan jantung dan melancarkan sirkulasi darah dalam badan. Secara tidak langsung, ia turut mempengaruhi rangsangan seksual seseorang. Antara sumber vitamin E adalah seperti majerin, kacang, sayuran hijau dan gandum.





Selain dari itu, nutrisi untuk saraf, hormon dan aliran darah juga penting. Contohnya pengambilan makanan yang mengandungi Vitamin C. Ia penting kerana ia turut memperkuatkan dinding pembuluh darah. Bahan lain yang turut penting dalam meningkatkan prestasi saraf dan hormon adalah produk susu rendah lemak atau bijirin fortifikasi, gandum penuh dan sayuran hijau yang mengandungi riboflavin. Ia berfungsi dalam menjaga dan mempertahankan selaput lendir yang menghubungkan daerah reproduksi wanita.

Yang paling penting lagi adalah JANGAN MEROKOK! Hal ini sememangnya berupaya membunuh pembuluh arteri. Ia bukan sahaja menyebabkan aterosklerosis pembuluh darah, malah boleh menyempitkan lagi pembuluh darah. Pendek kata, merokok boleh mengurangkan lagi vitamin yang terkandung di dalam badan sekaligus mengurangkan lagi keupayaan seksual anda. Jadi, berhentilah merokok demi kesihatan perokok.

Comments

Popular Posts