Susu Cair vs Susu Pekat

Pasti ibu-ibu yang menyusukan bayi anda secara directfeeding tidak tahu atau tidak perasan bahawa mungkin susu yang bayi anda sedang hisap itu cair atau pekat. Sudah semestinya kerana kita tidak nampak, melainkan jika kita perah atau pam susu ke dalam botol. Jadi, dari botol, kita boleh nampak perbezaannya. Sebab itu apabila kita simpan susu EBM di dalam peti untuk beberapa hari, akan kelihatan 2 lapisan pada susu tersebut. Inilah yang dikatakan Foremilk dan Hindmilk. Secara umumnya, susu ibu ada 3 jenis iaitu Foremilk, Hindmilk dan Colostrum. 

Apa itu Foremilk?

Foremilk adalah susu yang berada di hadapan sel (alveoli) yang menghasilkan susu. Ia adalah susu awal yang keluar apabila bayi anda mula menyusu. Susu ini agak cair dan kurang lemak tetapi mempunyai kandungan karbohidrat, protein dan vitamin yang tinggi. 

Apa itu Hindmilk?

Hindmilk adalah susu yang berada di bahagian belakang pusat penghasilan susu. Ia biasanya keluar di akhir proses penyusuan. Susu ini agak pekat dan mengandungi kalori yang tinggi serta kandungan lemak yang tinggi. 


Foremilk                             Hindmilk
                                                 



Apakah yang membezakan kedua-dua ini?

Foremilk mempunyai kandungan laktosa yang tinggi. Ianya sangat penting bagi perkembangan otak bayi dan juga untuk tenaga. Ia dapat menghilangkan dahaga bayi anda. 

Manakala hindmilk yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi pula sangat baik bagi pertumbuhan berat badan yang baik serta boleh mengenyangkan bayi.

Apakah yang dikatakan ketidakseimbangan Foremilk dan Hindmilk semasa menyusu?

Apabila bayi menyusu pada setiap breast untuk beberapa minit sahaja, ini akan menyebabkan bayi hanya kenyang dengan foremilk semata-mata. Sebagai contoh, ibu menyusukan bayi hanya beberapa minit pada breast kiri, dan kemudian menukar penyusuan pada breast kanan pula untuk beberapa minit tanpa mendapat hindmilk dari breast kiri. Penyusuan cara ini akan menyebabkan bayi anda mengalami kembung perut disebabkan bayi hanya mendapat kandungan laktosa yang tinggi tanpa mendapat hindmilk yang mengandungi lemak.

Disebabkan itu, amat penting jika kita menyusukan bayi pada sebelah breast dahulu sehinggalah ianya betul-betul kosong sebelum menukar ke satu lagi breast. Ini dapat memastikan bahawa bayi benar-benar mendapat foremilk dan hindmilk secara seimbang. Hindmilk yang keluar di akhir penyusuan akan membuatkan bayi anda kenyang serta mengurangkan simptom kembung perut di kalangan bayi. 


Bagaimana mengatasi ketidakseimbangan Foremilk dan Hindmilk ini?


Amatlah penting jika ibu menyusukan bayi hanya pada satu breast di setiap sesi penyusuan. Jika ibu mengalami bengkak susu pada sebelah lagi breast, ibu bolehlah memerah susu tersebut sehingga ia tidak lagi bengkak. Untuk mengatasi ketidakseimbangan foremilk dan hindmilk ini, ibu bolehlah menyusukan bayi dari setiap breast dalam 12 ke 24 jam setiap satu. 

Comments

Popular Posts