Sembelit ketika berpantang
Sembelit ataupun susah buang air besar memang menyeksakan kan? Terutamanya bagi ibu yang baru sahaja melahirkan anak secara normal dan ditambah lagi dengan luka jahitan kat bawah tu. Memang stress kalau kita memaksa diri membuang. Silap-silap jahitan pula terbuka disebabkan meneran yang melampau.
Apakah punca sembelit ini sebenarnya?
Sembelit berpunca mungkin kerana kita kekurangan air. Kalau nak diikutkan petua pantang orang tua-tua, mereka memang tak galakkan ibu minum air banyak-banyak. Hanya segelas air sahaja selepas makan. Sebab bagi mereka, lagi banyak minum air, lagi banyak kita berulang alik ke tandas dan lagi susah luka jahitan akan pulih. Tetapi bagi saya, ibu-ibu berpantang terutamanya yang menyusukan anak-anak memang sangat perlukan air kosong yang banyak untuk melancarkan proses penyusuan ke atas anak masing-masing.
Kadang-kadang, mungkin ibu juga kurang mendapatkan serat semasa berpantang. Kekurangan sayuran dan buah-buahan semasa pengambilan makanan mungkin akan membuatkan sembelit mereka berterusan. Jadi, amatlah penting bagi ibu-ibu mendapatkan makanan berserat semasa berpantang agar ia tidak mengganggu proses detoksifikasi ibu dan tidak akan menberi kesan kepada usus ibu jika perkara ini dibiarkan berlarutan.
Bagaimana mengatasi sembelit dengan lebih mudah?
Pastikan anda minum banyak air dan dapatkan makanan yang mengandungi serat yang tinggi. Jika keadaan masih tetap sama dan masih berlarutan dengan agak teruk, ubat pelawas seperti julap akan digunakan untuk merawat masalah ini. Tetapi jika sembelit sangat kerap,penggunaan julap adalah tidak elok kerana ia boleh menyebabkan usus bergantung sepenuhnya kepada ubat ini sebelum najis dikeluarkan.
Nak paling senang bagi mengatasi masalah ini selain dari ubat adalah Ostematrix. Ia bukan ubat. Ianya adalah kalsium yang diperkaya dengan Magnesium dan Vitamin D. Dah ramai yang mencuba Ostematrix ini untuk masalah sembelit dan ternyata ianya berkesan. Saya juga turut merasakan keberkesanan Ostematrix ini sejak saya menyusukan anak saya. Memang boleh dikatakan saya tidak pernah mengalami masalah membuang langsung. Badan terus rasa ringan selepas bangun tidur.
Jom tinjau apa kata customer Ostematrix ini.
Hanya telan 4 biji sebelum tidur, ianya sudah memadai. Senang kan? Bila bangun pagi, anda pasti akan senang membuang. Asalkan pengambilan air juga tidak berkurang. So, taknak ada sembelit di waktu berpantang, pastikan anda ada sebotol Ostematrix ini dalam tangan anda..Sembelit mungkin perkara biasa bagi anda. Tetapi, jika keadaan dibiarkan berlarutan dan kerap berlaku, ia mungkin akan menjadi satu penyakit yang serius.
Nak cuba Ostematrix ini? Hubungi saya untuk mendapatkannya pada harga yang istimewa. Ternyata berbaloi-baloi.
Comments
Post a Comment