Multivitamin untuk kesihatan
Sekarang ni begitu banyak sekali lambakan multivitamin di pasaran Malaysia mahupun luar negara. Kita sebagai pengguna haruslah bijak dalam memilih multivitamin terbaik untuk kesihatan diri kita.
Menurut Pakar Diet Kanan, Farah Diba Khan, berkata sebenarnya pengabilan multivitain tidak menjadi sesuatu yang penting kepada mereka yang mengambil pemakanan seimbang.
Bagaimanapun, kesibukan kita menjalani hidup di kota di samping kerja yang membataskan masa kita untuk telah menyebabkan kita tidak sempat mengambil makanan seimbang dan kandungan mikronutrien secara optimum. Secara saintifik, tubuh kita memerlukan vitamin supaya tubuh badan kita dapat berfungsi dengan sempurna iaitu setiap satu daripada 13 vitamin asas seperti A, D, E, K dan B12.
Multivitamin adalah kombinasi vitamin dalam bentuk tablet, kapsul, cecair dan suntikan. Multivitamin membantu mencegah sebarang kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk meningkatkan nutrisi penting dalam badan.
Antara faedah dan kebaikan paling ketara pengambilan multivitamin adalah mencegah kekurangan vitamin. Ada juga situasi di mana keperluan diet pemakanan meningkat. Contoh adalah ibu hamil di mana keperluan pengambilan multivitamin harus dimulakan pada awal kehamilan lagi supaya bayi di dalam kandungan turut mendapat nutrisi selengkapnya.
Perlukah rujukan pada doktor sebelum mengambil multivitamin?
Untuk masalah kesihatan serius, mereka harus merujuk kepada doktor terlebih dahulu. Masalah kekurangan vitamin dan mineral yang amat serius perlukan rawatan perubatan terlebih dahulu dan konsultasi dari doktor sebelum membeli multivitamin di farmasi.
Apakah pantang larang makan multivitamin?
Tiada pantang larang semasa mengambil multivitamin kerana ianya bukanlah ubat. Tetapi harus diingat bahawa pengambilan multivitamin yang betul akan turut memberikan kesan yang baik kepada badan. Ia haruslah di minum dengan air suam atau jus dan bukan bersama dengan kopi atau teh atau minuman kafein. Cuba untuk jarakkan masa pengambilan multivitamin dengan minuman kafein. Multivitamin juga tidak boleh diambil dalam dos yang terlalu tinggi. Secara purata, multivitamin hanya diambil sebiji sehari sahaja.
Comments
Post a Comment