Kenapa perlu makan Omega-3

Harini nak bercerita pasal Omega-3 pulak. Omega-3 yang dikenali sebagai asid lemak Omega-3 yang merupakan lemak tidak tepu yang datanG dari ikan. Lemak tidak tepu Omega-3 ini sangat menyihatkan kerana ia membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung. Omega-3 datang dari pelbagai sumber seperti marin, haiwan dan juga tumbuhan. 

Apa perbezaan Omega-3 dari ketiga-tiga sumber ini?

Sumber marin ini banyak terdapat dalam ikan dan seafood. Contoh ikan pula adalah ikan salmon, sardin, mackerel dan herring. Kebiasannya Omega-3 dari sumber marin dikenali sebagai DHA dan EPA. Omega-3 dari sumber tumbuhan pula kebanyakannya datang dari sumber minyak kacang soya, minyak canola dan flaxseeds. Kebiasaannya Omega-3 ini dari kategori ini dipanggil ALA. Setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya 2g omega-3 dari sumber tumbuhan. Untuk Omega-3 dari sumber haiwan pula, bolehlah dapatkan ia dari telur, ayam dan daging. 





Omega-3 bukan sahaja dipercayai boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, malah untuk mereka yang mengalami masalah sakit sendi, dan juga dalam mengurangkan risiko kanser. Ia dipercayai membantu dengan cara mengurangkan inflamasi atau keradangan pada salur darah, sendi dan semua tempat berlakunya inflamasi di dalam badan. 

Omega-3 juga membantu dalam mengurangkan risiko ritma jantung yang tidak normal selain dari mencegah penyakit saluran darah dan strok. Ini kerana DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia berkesan dalam membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol serta menghindar daripada pembekuan darah dalam badan. 

Selain dari itu, Omega-3 juga boleh membantu mencegah insomnia, atau kurangkan tekanan. Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuklah masalah kemurungan, tekanan, kebimbangan, neurasthenia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia. 

Omega-3 dipercayai boleh membantu untuk perkembangan otak dan penglihatan janin dan bayi. Ia juga turut membantu dalam mencegah penyakit Alzheimer di kalangan warga emas serta memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migrain. 

Bagaimana nak dapatkan Omega-3 ini jika anda tidak makan ikan?

Omega-3 tidak terhad kepada minyak ikan sahaja. Ia terdapat dalam pelbagai sumber. Mungkin anda boleh dapatkan Omega-3 ini melalui makanan atau minuman dengan tambahan omega-3. Ada banyak lagi makanan yang diperkayakan dengan omega-3 seperti susu, yogurt, telur, pizza, roti dan minuman soya. Anda juga boleh dapatkan omega-3 dari marjerin, minyak canola, kekacang, flaxseeds, kacang soya dan juga sayurran hijau. 

Nak lagi mudah, boleh dapatkan suplemen minyak ikan yang mengandugi paling kurang 500mg EPA dan DHA untuk 1 kapsul. Ia ternyata yang paling baik!

Untuk itu, Omega Guard Shaklee sememangnya menepati keperluan Omega-3 anda untuk sehari!Satu hidangan Omega Guard Shaklee saja sudah membekalkan 905mg asid lemak EPA dan DHA. Omega Guard memang omega-3 terbaik kerana ianya tidak diambil dari hati minyak ikan.




Dapatkan sebotol atau lebih Omega Guard hanya dari saya.

Hubungi

Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn.Ku)
FB ; Nutri Hijau Shoppe
Email : khshaklee@gmail.com








Comments

Popular Posts