CoQ10 Shaklee tingkatkan kesuburan


Apakah CoQ10 sebenarnya?

CoQ10 merujuk kepada enzim yang diperlukan untuk sel-sel berfungsi. CoQ10 diperlukan oleh mitokondria di dalam sel sebagai satu bahan bagi mencetuskan tenaga supaya sel-sel dapat berfungsi dengan baik. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menjalani kehidupan.

Bagaimana CoQ10 membantu masalah kesuburan?

Ramai sebenarnya yang tak tahu yang CoQ10 ni sebenarnya boleh membantu dalam meningkatkan tahap kesuburan seseorang. 

Kebiasaannya, wanita yang berusia akan berkurang tahap kesuburannya seiring dengan peningkatan usia. Semakin menginjak ke 35 ke atas, semakin kuranglah peluang untuk hamil. Mungkin ada yang dapat hamil, tetapi peratusannya mungkin kurang. Ini mungkin disebabkan oleh kualiti telur yang semakin berkurang seiring dengan peningkatan usia.

Terdapat kajian di Kanada yang menunjukkan kesuburan tikus telah meningkat selepas CoQ10 diberikan kepada tikus. Tikus yang telah diberikan CoQ10 telah menghasilkan 'telur' yang lebih baik berbanding dengan tikus yang tidak diberikan CoQ10. Hasil yang boleh disimpulkan menunjukkan yang CoQ10 boleh menyebabkan tikus yang lebih tua menghasilkan telur yang sama kualiti dengan telur tikus yang lebih muda. 

Bagaimana CoQ10 membantu?

Proses permulaan untuk embrio berkembang dan membesar memang memerlukan tenaga yang banyak. Mitokondria yang terkenal sebagai penjana tenaga sangat diperlukan oleh sel untuk berfungsi dengan baik.Apabila tenaga berkurang, fungsi sel mungkin agak berkurang atau kurang efisyen. Ovum manusia mengandungi lebih banyak mitokondria dan juga terdapat lebih banyak mitokondria di dalam DNA berbanding yang lain. 

Masalah utama yang selalu dihadapi pada telur yang lebih tua adalah bila tenaga yang dihasilkan oleh mitokondrianya adalah semakin berkurang. Mungkin ada tetapi mungkin terdapat sedikit penyusutan berikutan berkurangnya nutrien atau enzim CoQ10 yang boleh meningkatkan lagi penghasilan tenaga. Kita boleh lihat jika umur semakin meningkat, badan pun akan semakin kurang berupaya untuk melakukan kerja kerana kurang tenaga yang mungkin dipengaruhi oleh faktor pemakanan.Dan begitu juga dengan sel. Disebabkan semakin bertambah usia, pemakanan tidak seimbang, banyak terdedah kepada radikal bebas dan hidup tidak sihat akan menyebabkan CoQ10 semakin berkurang di dalam sel. Justeru, sel juga kurang bertenaga untuk berfungsi.  

Sebab itu kalau dalam situasi tadi, telur tadi mungkin akan dapat lebih tenaga jika tahap kesihatan mitokondria terjaga dan diberikan 'keperluan nutrien' untuk maintain kan kenormalan kromosom. 




Jadi, tidak salah jika ingin mencuba CoQ10 untuk membantu masalah kesuburan anda. Ini kerana ia hanyalah suplemen untuk kesihatan anda. Ia tidak dipanggil vitamin kerana CoQ10 ini sememangnya dihasilkan sendiri oleh badan dan sememangnya wujud dalam setiap sel di dalam badan manusia. Jadi, tidak menjadi masalah jika ingin mencuba suplemen CoQ10 ini untuk anda yang mengalami masalah kesuburan. Ia dipercayai dapat meningkatkan tahap kesuburan seseorang melalui peningkatan tenaga untuk sel-sel berfungsi dengan lebih baik lagi. Mungkin mereka yang semakin meningkat umur, yang tidak mengamalkan pemakanan seimbang, kerap terdedah kepada radikal bebas serta ubat-ubatan tertentu adalah golongan yang mungkin akan mengalami pengurangan CoQ10 dalam badan. Jadi, pengambilan suplemen CoQ10 boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular. Tambahan pula, CoQ10 ini adalah antioksidan yang bertindak dalam menghalang pengoksidaan molekul sel. Kadangkala, pengoksidaan sesetengah molekul ini yang akan menyebabkan terhasilnya radikal bebas yang kemudiannya akan menyebabkan rantaian tindakbalas dan seterusnya menyebabkan kerosakan kepada sel. 

Tapi apapun, rawatan juga adalah penting untuk anda kenali punca mengapa anda sukar hamil di samping mengamalkan suplemen CoQ10 ini. Berjumppalah dengan pakar perubatan anda sebelum anda mengambil keputusan walaupun CoQ10 ini tidak akan memberikan kesan sampingan kepada anda. 



Untuk mencari suplemen CoQ10, anda boleh mencuba CoQ10 Shaklee yang nyata hebat dan sungguh cepat memberikan kesan kepada pengguna. Ia adalah selamat dan semulajadi. CoQHealth Plus ini mengandungi ramuan hebat CoQ10 yang berasal dari sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. 

Kandungan lain adalah Vitamin E bagi mengukuhkan dan memberi perlindungan antioksidan yang berterusan kepada sel tubuh. Vitamin E ini juga turut membantu dalam menyelesaikan masalah kesuburan kaum lelaki kerana ia dapat tingkatkan kemampuan reproduktif. 

Ekstrak Daun Hijau yang terkandung di dalam CoQHealth Plus ini pula mengandungi procyanidins yang telah ditemui bagi membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).

Jom dapatkan CoQHealth Plus keluaran Shaklee bagi anda yang ternanti-nanti kehadiran cahayamata. Mungkinkah CoQHealth Plus ini dapat menyelesaikan masalah kesuburan anda? Belum cuba belum tahu. Tak salah jika ingin mencuba suplemen sebab ia bukanlah ubat kan? Baik lelaki baik wanita, siapa saja boleh mencuba. Bukan sekadar untuk jantung anda!

Hubungi saya segera bagi mendapatkannya

Call/sms/whatsapp : 012-3860720 (Pn.Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe
Email : khshaklee@gmail.com


Comments

Popular Posts