Sakit lutut pada orang muda
Jangan tak tahu.Sakit lutut bukan sahaja boleh menyerang warga tua yang dah berumur, malah orang muda pun boleh jadi sasaran juga. Bagaimana ia dikatakan turut menyerang orang muda?
Bagi warga muda yang aktif bersukan, punca utama mungkin disebabkan kecederaan yang berlaku semasa bersukan. Kemungkinan kecederaan pada ligamen, meniskus dan rawan sehingga boleh menyebabkan sakit lutut. Kalau warga tua pula, biasanya mereka mengalami sakit lutut mungkin disebabkan masalah arthritis di mana lapisan rawan di hujung sendi semakin haus dan menyebabkan sendi tidak lagi licin.
Jadi ketika pergerakan sendi, permukaan sendi menjadi tidak licin lagi dan ini akan menyebabkan kesakitan kerana kekurangan pelincir. Perkara sebegini memang boleh berlaku pada orang muda juga jika berlaku kecederaan semasa bersukan. Jangkitan kuman pun boleh menjadi punca kepada kerosakan sendi.
Biasanya untuk masalah seperti ini, antara cara yang boleh digunakan untuk merawat adalah dengan cara konservatif. Hanya dengan memberi ubat anti inflamatori, fisioterapi, pengurangan berat badan dan juga modifikasi aktiviti.
Tapi kebarangkalian untuk penyakit datang semula sememangnya ada kerana akan ada satu tahap di mana rawatan konservatif itu tidak lagi berkesan. Sakit lutut ini mungkin akan mengganggu aktiviti harian seseorang seperti kesakitan semasa naik dan turun tangga ataupun semasa berjalan juga. Ada antara mereka yang mengambil ubat tahan sakit atau pain killer yang mana ianya sedikit sebanyak akan turut memberi kesan sampingan seperti gastrik dan penyakit buah pinggang. Ianya hanyalah sekadar menghilangkan sakit sahaja dan akan datang semula pada bila-bila masa. Jadi, perlukah kita hanya bergantung kepada pain killer semata-mata?
Penyelesaian terakhir yang mungkin pakar akan cadangkan adalah pembedahan. Ini mungkin sedikit sebanyak akan memberi sedikit perubahan kepada kualiti kehidupan seseorang dengan mengurangkan masalah sakit pada lutut.
Pesakit juga mungkin perlu mengawal pemakanan supaya berat badan tidak berlebihan. Apabila berat badan berlebihan, mungkin ia lutut tak dapat nak mengawal tekanan yang bertambah.
Last but not least, mungkin pesakit boleh cuba suplemen yang sekarang ni banyak terdapat di pasaran. Tapi pastikan ianya adalah mendapat kelulusan kementerian. Sebagai cadangan, terkini syarikat Shaklee telah menghasilkan satu suplemen Advanced Joint Health Tablet yang mengandungi glukosamin khas untuk mereka yang mengalami masalah sendi tidak kiralah tua atau muda. Yang uniknya, suplemen ini adalah bebas dari kondroitin. Mungkin agak berbeza dengan kebanyakan suplemen lain yang sememangnya mengandungi glukosamin bersama kondroitin.
Ini kerana berdasarkan ujian klinikal yang telah dijalankan , kondroitin dikatakan menjadi penghalang kepada penyerapan glukosamin. Kelebihan lain adalah ianya 100% bebas kekerang dan 100% sayuran tanpa mengandungi sumber haiwan langsung.
Jom cuba suplemen Advanced Joint Health Tablet ini. Dah ramai yang cuba dan memang menampakkan perubahan pada mereka. Tak kira yang tua atau muda. Sekurang-kurangnya anda tidak perlu lagi bergantung kepada pain killer.
Sekali lagi diingatkan bahawa suplemen ini bukan untuk merawat atau mendiagnos, tetapi sudah ramai yang mengamalkannya dan menampakkan hasil.
Hubungi
Call/sms/whatsapp : 012-3860720 (Pn.Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe
Email : khshaklee@gmail.com
Comments
Post a Comment