Rawatan kulit : Kolagen vs Vitamin
Bercakap pasal cantik ni sebenarnya, terlalu banyak sangat produk atau rawatan yang dipercayai dapat membantu dalam merawat kulit anda..Sampai ada yang berbelah bagi tak tahu nak dapatkan rawatan yang mana..Yang paling famous sekarang ni rawatan placenta.Terbaru saya ada juga baca kisah mengenai Ifa Raziah yang mendapatkan rawatan placenta biri-biri untuk mengekalkan keremajaan kulit dia..Wow..kau memang da bom la Ifa..berani amik risiko..
Tapi yang paling basic sekali yang famous dan tak kurang hebatnya kat Malaysia ni adalah rawatan kolagen ataupun hanya dengan vitamin. Apa beza kedua-dua rawatan ni?
KOLAGEN
Apa itu kolagen?Haa..ada yang taktau apa itu kolagen.Yang orang tau nak cantik makan kolagen je. Kalau makan kolagen, confirm cantik.Tapi anda tahu tak kolagen sebenarnya ada 3 jenis. Oral kolagen, krim kolagen dan suntikan kolagen..
1) ORAL KOLAGEN
Oral kolagen adalah adalah kolagen yang untuk dimakan. Ada 2 jenis kebiasaannya iaitu dalam bentuk pil ataupun dalam bentuk minuman. Kebanyakannya yang terjual di pasaran sekarang ni adalah dalam bentuk minuman. Sebab minuman selalunya lagi senang serap dalam badan kalau nak dibandingkan dengan pil.Kolagen jenis ini membantu mengurangkan penyakit seperti arthritis, membantu mengurangkan berat badan, membina otot dan rejuvenasi kulit.
2) KRIM KOLAGEN
Krim kolagen pula biasanya kolagen yang boleh disapu atau lulur pada wajah. Biasanya orang buat facial collagen. Ia membantu menegangkan kulit dan menganjalkan kulit. Ia mempunyai molekul yang sangat besar dan agak sukar untuk diserap sepenuhnya.
3) SUNTIKAN KOLAGEN
Suntikan kolagen selalunya diambil untuk mengembalikan ketegangan kulit dan menghilangkan kedutan. Ada jugak orang gunakan suntikan ini untuk membentuk bibir yang tebal. Kalau dari segi perubatan, rawatan kolagen memang ada digunakan. Contoh suntikan kolagen untuk perubatan ialah oral glucosamine dan suntikan pada sendi untuk yang mengalami sendi bermasalah kritikal.
Ok. Itu bab kolagen la kan. Kalau rawatan satu lagi pulak adalah rawatan VITAMIN.
VITAMIN
Vitamin A,B,C,D,E,K ada peranan masing-masing dalam bidang kecantikan.Kesemua vitamin ini diperlukan dalam kuantiti yang sedikit saja. Kecuali bagi mereka yang mengandung, menyusukan anak atau pertumbuhan bayi dan kanak-kanak.
Apa manfaat Vitamin C untuk kulit? Pengambilan vitamin C dapat merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak kolagen lagi. Kolagen inilah yang akan membuatkan kulit kita lebih tegang lagi. Bukan tegang saja, malah vitamin C ni mampu untuk mencerahkan kulit sebab vitamin C adalah antioksidan. Fungsi antioksidan ni lah yang melindungi kulit dari radikal bebas. So kulit nanti akan kelihatan kurang kusam sebab dilindungi oleh antioksidan.
Vitamin pun boleh diambil dalam pelbagai bentuk. Ada orang prefer vitamin secara oral. Ada juga yang suka vitamin dalam bentuk suntikan. Bezanya penyerapan vitamin oral ni biasanya berbeza-beza mengikut tahap pH dalam perut dan usus. Lain orang lainlah kesannya. Tapi pada pendapat saya, kalau nak cari vitamin oral, carilah vitamin yang lebih natural dan bukan sintetik atau buatan. Kalau nakkan penyerapan yang sempurna, mudah saja. Kita hanya perlu perbanyakkan amalan minum air kosong supaya vitamin lebih mudah terserap di samping dapat memudahkan lagi toksin yang ada dalam badan untuk keluar. Kadang-kadang toksin inilah yang banyak mengganggu penyerapan vitamin di dalam badan.
Untuk suntikan vitamin pula, sekiranya perlu vitamin B12 boleh disuntik pada otot. Malangnya suntikan vitamin C memang tidak diluluskan di negara kita. Tapi kalau kat negara lain, suntikan vitamin C ni digunakan sebagai rawatan untuk pesakit yang demam panas atau kanser.
Dalam banyak-banyak rawatan vitamin, vitamin C memang paling famous. Sama juga macam kolagen. Kalau dah ambil kedua-dua rawatan ni, memang baik laki baik perempuan memang akan dapat kulit mereka makin tegang dan anjal. Vitamin A pulak banyak terdapat dalam produk perawatan kecantikan luaran. Vitamin A kalau amalkan pada luaran, ia akan meresap dalam kulit dan terus merangsang pembentukan kolagen jugak. Tapi AWAS! Wanita yang hamil memang tak digalakkan untuk ambil Vitamin A ni sebab kandungan antioksidannya memang tinggi dan beri kesan jugak jika diamalkan secara berlebihan.
Apapun pilihan rawatan kulit yang kita nak amalkan, kita kena fikirkan risiko yang bakal berlaku. Rawatan secara suntikan bagi saya mungkin agak berisiko juga. Contoh suntikan kolagen, mungkin berisiko sama macam suntikan botox dan filler.
Kalau minat untuk buat rawatan kolagen secara oral atau melalui pemakanan pula, kena pastikan juga sumber kolagen yang dihasilkan itu.Kebanyakkan industri suplemen kolagen sekarang ini memang tidak dipantau dengan ketat. Sebab itu terlalu banyak sangat lambakan suplemen kolagen yang ada di pasaran sekarang ini. Jadi, perlu berhati-hati dengan kandungan di dalamnya. Jangan hanya bergantung kepada testimoni semata-mata. Kaji dulu bahan yang digunakan.
Ok bercakap pasal industri suplemen kolagen, suka saya nak ingatkan yang suplemen kolagen keluaran Shaklee iaitu Shaklee Collagen Powder sememangnya dipantau pemprosesannya. Kandungannya juga dijamin selamat kerana ia adalah SEMULAJADI tanpa bahan tambahan. Keberkesan COLLAGEN SHAKLEE ini selepas 8 minggu penggunaan secara berterusan dan telah disokong oleh kajian klinikal. Tapi ada juga yang tak sampai 8 minggu, dahpun rasa keanjalan kulit masing-masing. Hebat kan?
Jangan lepaskan peluang untuk rebut Shaklee Collagen Powder yang harganya tengah jatuh menjunam bulan ini!!Harga biasa RM298. Kalau nak tau banyak mana menjunamnya, sila hubungi saya ok..
Hubungi
Call/sms/whatsapp : 012-3860720 (Pn. Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe
Email : khshaklee@gmail.com
Comments
Post a Comment