Jantung untuk kehidupan
Jantung merupakan organ terpenting di dalam badan. Jantung berfungsi mengepam darah bagi membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10,000 liter darah sehari. Jantung berdegup kira-kira 100,000 kali sehari iaitu di antara 60-80 kali seminit.
Faktor-faktor risiko serangan jantung
- Tekanan darah tinggi
- Kolesterol atau lemak tinggi dalam darah
- Obesiti
- Kurang senaman atau tidak aktif
- Pemakanan yang tidak sihat
- Diabetes
- Tekanan perasaan (stress)
- Merokok
Bagaimana mencegah serangan jantung?
- Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 20-30 minit setiap kali.
- Makan secara sihat.
- Kekalkan berat badan unggul.
- Berhenti merokok.
- Belajar menangani tekanan perasaan (stress)
- Periksa tekanan darah.
- Periksa paras glukosa darah anda.
- Awasi paras kolesterol.
- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Tanda-tanda serangan jantung
-Sesak nafas.
- Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher.
- Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan.
- Berpeluh dingin.
- Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas.
- Pening kepala dan berasa loya.
Sayangilah jantung anda kerana ia merupakan asas kehidupan anda. Jagalah kesihatan jantung anda sebaik-baiknya.
Bagi yang mengalami masalah jantung, mungkin suplemen CoQhealth Plus ini mampu membantu anda ke arah kehidupan yang lebih baik. Ia mampu membuatkan jantung anda sihat dan bertenaga kerana ianya mengandungi enzim CoQ10 yang sangat penting bagi menjana tenaga untuk sistem di dalam badan.
Tanpa CoQ10 ini, sel-sel di dalam badan tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak akan dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan. Jadi, semuanya bermula dari jantung anda.
Jagalah kesihatan jantung anda dengan CoQhealth Plus.
Untuk yang berminat dan ingin tahu dengan lebih detail, boleh hubungi saya.
Call/sms/whatsapp : 012-3860720 (Pn.Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe
Email : khshaklee@gmail.com
Comments
Post a Comment