3 makanan untuk menguatkan sistem imunisasi anda

1) SAYUR-SAYURAN

Sayur-sayuran mempunyai sebatian fitokimia yang bersifat antioksidan dan terdapat juga sayuran yang membantu dalam menyahtoksin atau detoks tubuh badan anda. Fitokimia ini membantu tubuh untuk menjadi kuat dalam menentang penyakit dan sekaligus membantu menentang kanser. Sebatian fitokimia ini memiliki warna dan aroma yang kuat. Makanan seperti lobak merah, ubi merah, labu kuning, bawang bombay, tomato dan terung adalah antara makanan yang mengandungi sebatian kimia. Makanlah sayur-sayuran sebanyak yang mungkin sebagai langkah menguatkan sistem imun anda.




2) BUAH-BUAHAN

Kebaikan yang diperolehi dari buah-buahan ini adalah lebih kurang sama dengan sayuran-sayuran di mana ia bersifat antioksidan yang tinggi. Buah-buahan boleh dijadikan snek dan boleh juga dipisahkan daripada protein tetapi tetap mudah dicernakan. Buah-buahan seperti strawberi dan beri biru mengandungi sebatian fitokimia yang tinggi untuk membantu mencegah kanser. Nanas, pisang, mangga dan tembikai juga merupakah buah-buahan yang baik asalkan ia tidak dimakan dalam kuantiti yang berlebihan. Ini kerana buah-buahan sebegini mempunyai kadar glukosa yang tinggi yang mana boleh mendatangkan penyakit sampingan.

3) PROTEIN

Protein juga turut mempunyai kebaikan yang tersendiri. Dari melancarkan proses pengeluaran sel agar sistem imun tubuh tidak terganggu, mencegah otot massa daripada berkurangan hinggalah meningkatkan tenaga. Protein jenis ini banyak terdapat di dalam ikan-ikan yang mengandungi kadar omega-3 yang tinggi seperti tuna, salmon atau sardin. Melalui omega-3, sistem kekebalan tubuh dapat berfungsi sehingga maksimum. Selain itu, produk seperti daging merah dan susu juga kaya dengan protein.


Dan jangan dilupa, satu lagi makanan atau minuman yang membantu menguatkan sistem imun anda adalah Air Putih. Air putih dapat meringankan tugas ginjal dan hati untuk memproses dan membuang racun yang terdapat di dalam darah. Ia juga membantu membasmi kuman yang menyebabkan penyakit. Dengan meminum air putih, ia membantu menghindarkan anda dari keinginan untuk makan makanan yang manis.

Mudah kan untuk mendapatkan makanan yang terbukti sangat membantu menguatkan sistem imun badan anda. Sebagai ibubapa, mungkin kita boleh mulakan atau menerapkan ke dalam diri anak-anak kita dengan pemakanan yang kaya dengan zat-zat ini.



Semoga semua info ini dapat membantu sedikit sebanyak ibu bapa di luar sana tentang betapa pentingnya kita menjaga sistem imun anak-anak dengan cara paling mudah. Realitinya, anak-anak pada zaman sekarang terlalu mudah mendapat makanan segera yang terbukti mampu melemahkan sistem imun anak-anak.

Tepuk dada, tanya selera !! 😊

Comments

Popular Posts