Tips agar anak pandai urus duit raya

Teringat zaman kanak-kanak saya satu waktu dahulu. Bila beraya di kampung, beraya sampai ke petang dari rumah ke rumah kutip duit raya. Zaman tu kalau nak diikutkan, RM30 sehari dah dikira banyak dah. Biasalah kawasan kampung. Satu rumah berapa sen saja masa zaman saya kecil dahulu.50 sen dah kira banyak sah. Jadi bila habis saja kutip duit raya, duit hasil kutipan tu habis begitu saja. Saya pun tak ingat dah apa yang saya buat dengan duit raya saya masa tu. Habis begitu saja.

Jadi untuk anda ibubapa zaman sekarang ni, bolehlah mula mendidik anak anda atau bantu mereka untuk urus duit raya mereka. Jangan biarkan duit raya mereka hangus begitu saja. Tips yang pertama, anda boleh

1) Belanjakan / belikan barang permintaan anak anda

Memandangkan ia adalah duit anak, anda bolehlah berikan sedikit sahaja untuknya. Belikan atau tunaikan hajat mereka yang inginkan barang permainan atau apa sahaja selagi ia berbaloi dan tidak terlalu membazir. Jika ia terlalu mahal dan melebihi satu pertiga jumlah duit raya mereka, mungkin anda boleh berunding atau memujuk dahulu anak anda supaya menangguhkan dahulu permintaan mereka itu.


2) Buat simpanan bagi sebahagian besar duit raya

Ajar mereka untuk menyimpan sebahagian duit raya mereka di dalam bank. Sebagai contoh anda bolehlah mula membuka akaun Tabung Haji untuk anak anda sebagai salah satu simpanan masa depan mereka. Sekurang-kurangnya 1/3 daripada duit raya anak anda perlu disimpan supaya anda dan anak anda nampak ke mana duit anak anda dibelanjakan. Secara tidak langsung ia sebagai salah satu cara mengajar anak anda belajar menabung atau menyimpan. Anda bolehlah memberitahu mereka manfaat atau faedah daripada sikap menabung mereka apabila tiba satu masa mereka sangat memerlukan duit simpanan mereka itu untuk tujuan tertentu.


3) Ajar anak bersedekah

Ajarlah mereka untuk bersedekah. Ceritakan kepada mereka ganjaran dari apa yang mereka lakukan.

Comments

Popular Posts