Kebaikan Omega-6 GLA
Apa itu Gamma Linolenic Acid (GLA)?
Di mana anda ingin cari GLA Complex ini?
BONUS!!!
Satu kebaikan yang anda cari, 10 kebaikan lagi yang bakal anda perolehi..
Yang paling best, kulit semakin cantik dan lembap
Hubungi
Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak omega-6 yang kebanyakannya terdapat pada minyak tumbuhan seperti borage, blackcurrant dan evening primrose oil (EPO). Kepekatan kandungan GLA di dalam setiap tumbuhan ini berbeza antara satu sama lain. Boleh dikatakan minyak biji borage mempunyai kepekatan GLA yang sangat tinggi berbanding dengan tumbuhan lain di mana borage mengandungi (17-25%) kandungan GLA lebih tinggi dari blackcurrant (15-20%) sementara EPO pula hanya mengandungi kepekatan GLA (7-10% GLA).
GLA ini sentiasa menjadi pilihan setiap wanita dan remaja disebabkan oleh fungsinya yang membantu dalam mengawal selia hormon kaum wanita di samping ianya membantu untuk mengekalkan kulit yang cantik. Namun begitu, perlu diketahui bahawa kebanyakkan GLA yang terdapat di pasaran adalah dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO) di mana kandungan GLA adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan GLA yang diekstrak dari borage. GLA yang diekstrak dari borage mempunyai 3 kali ganda kelebihan dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.
Apa yang ingin saya kongsi di sini adalah tentang kebaikan GLA sebagai asid lemak omega-6. Umum tahu mengenai kebaikan omega-3 untuk kesihatan kita. Omega-3 sangat terkenal sebagai asid lemak yang membantu untuk perkembangan memori dan juga untuk mereka yang mengalami masalah saluran darah. Banyak lagi sebenarnya kebaikan omega-3 ini tidak kira untuk dewasa atau kanak-kanak.
Tapi saya taknak bercerita mengenai omega-3 di sini sebaliknya ingin berkongsi tentang omega-6. Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati omega-6 juga mampu melawan masalah keradangan, ekzema, dermatitis, asthma, rhematoid arthritis, atherosclerosis, diabetes dan obesiti. Kebanyakan dari kita yang kekurangan zat ini disebabkan oleh kurang mengambilnya di dalam pemakanan dan juga kerana enzim terlibat dengan metabolisme pula semakin kurang aktif disebabkan faktor usia.
Bagaimana GLA membantu untuk melawan radang?
GLA yang diambil sebagai suplemen biasanya akan bertukar kepada DGLA yang penting dalam membantu melawan radang atau inflammation. Jika kadar nutrien seperti magnesium, zinc, vitamin C, B3 dan B6 di dalam badan mencukupi, ini akan membantu dalam pertukaran GLA kepada DGLA. DGLA inilah yang akan membantu dalam melawan keradangan/inflammation.
Untuk anda yang tercari-cari asid lemak Omega-6 ini, tidak susah untuk mendapatkannya di pasaran sekarang. Pelbagai jenama produk yang terdapat di pasaran mempunyai Omega-6 ini. Cuma mungkin yang membezakan produk GLA ini adalah dari sumber yang diekstrak itu. Shaklee turut mempunyai produk GLA hebat yang sudah pastinya lain dari produk GLA yang lain.
SHAKLEE telah mengeluarkan suplemen GLA yang diekstrak dari minyak biji borage. Yang uniknya, kandungan GLA ini adalah 2 kali ganda daripada kandungan GLA yang diekstrak dari Evening Primrose Oil (EPO).
Setiap kapsul GLA Complex Shaklee mempunyai 90mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Lagi uniknya, ia turut digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan lagi keberkesanannya dan kestabilannya.
Di mana anda ingin cari GLA Complex ini?
Boleh dapatkannya dari saya sebagai pengedar sah Shaklee anda.
Harga pula sangat berbaloi dengan kebaikan yang diperolehi.
BONUS!!!
Satu kebaikan yang anda cari, 10 kebaikan lagi yang bakal anda perolehi..
Yang paling best, kulit semakin cantik dan lembap
Hubungi
Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
Comments
Post a Comment