Anak masuk sekolah

Tiba-tiba saya rasa saya nak berkongsi tentang kisah hidup saya di blog ni juga.hehe..Sebelum ini, saya selalu bercerita pada blog yang satu lagi. Tetapi sebab dah tiada masa nak handle banyak blog (alasan lagi), jadi saya satukan saja semuanya dalam blog ini.

Sekarang sudah pun masuk bulan April. Masuk bulan ke-4 anakku masuk sekolah. Dan saya kini semakin stabil dan sudah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan dan situasi sekarang. Tidak lagi kelam kabut. 

Ya..Kalau tidak pandai urus masa, memang semuanya kelam kabut. Agaknya inilah hikmahnya juga Allah simpan dulu Ammar di syurga. Mungkin Allah lebih tahu apa yang bakal saya hadapi. Dan seperti yang saya cakap, semuanya memang ada hikmah.

Life sekarang mungkin agak sibuk sedikit bila anak sudah pun Darjah 1 sebab jadual belajar sekolah bukan lagi macam jadual belajar di tadika. Kalau tadika, pukul 1 dah boleh balik dan tidur. Sekarang, pukul 1 saya amik Hannan pulang. Kemudian rehat sekejap, dah kena bersiap-siap untuk ke kelas fardhu ain jam 2.30 petang. Kebetulan, kawan Hannan pun tumpang sekali. Jadi banyak masa saya di atas jalan sahajalah.

Life juga semakin busy bila saya kena bangun awal untuk prepare bekal anak ke sekolah. Setiap hari saya sediakan bekal. Apa saja yang boleh dimakan. Roti, mee goreng, nasi goreng, burger simple. Paling malas atau terlambat jaga, saya hanya bekalkan roti sapu nutella atau planta saja. haha.Pemalas kan? Surirumah mana boleh malas. Tapi tidak mengapa. Sebab bagi saya, as long as saya tahu apa yang dia makan di sekolah. Sebab dia memang agak liat untuk makan melainkan apabila disuruh. 

Waktu pagi saya mungkin agak kelab kabut bila seorang lagi anak sudah bangun tidur. Ya. Kena uruskan si adik ni dulu kalau dia sudah bangun tidur. Pendek kata, pagi saya setiap hari mungkin agak kalut jika masa tidak diuruskan dengan betul. Kalau tidur atau banyak tengok tv di waktu pagi, memang kelautlah semuanya. Apapun tak sempat and even jemur kain!!

Kesimpulannya, masa itu emas. Jangan biarkan masa berlalu dengan begitu saja tanpa kita melakukan apa-apa yang berharga. Semua orang dikurniakan masa yang sama saja. 24 jam sehari. Jadi tiada istilah kita tiada masa untuk buat kerja itu ini itu ini kerana ramai lagi orang mampu melakukan pelbagai kerja sepanjang 24 jam itu. 

So start from now, tiada lagi alasan untuk berkata tiada masa!
 
 




Comments

Popular Posts