7 tips untuk tunjuk rasa cinta pada isteri
Bermacam-macam cara yang boleh kita gunakan untuk menunjukkan rasa cinta kita pada pasangan. Tidak kiralah pada isteri atau suami. Masing-masing ada caranya yang tersendiri.
Di sini, saya ingin kongsikan beberapa tips yang saya dapat dari Mingguan Wanita tentang cara memikat hati isteri kesayangan anda.
1) Sentiasalah memberikan isteri kegembiraan dan senyuman. Cinta adalah rasa bahagia. Jadi, buatlah apa sahaja yang boleh beri kebahagian pada isteri anda.
2) Sentiasalah mengucapkan ' I love u ' pada isteri. Selain itu, anda perlu sentiasa ucapkan kata sayang dan ayat cinta pada isteri. Bagi seorang wanita, rasa cinta perlu diucap untuk menyemarakkan lagi rasa cinta tersebut.
3) Sentiasa buktikan pada isteri bahawa anda sangat mencintainya. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah anda boleh memberi isteri hadiah, menghantar bunga kepada dia, memberi kad ucapan yang mengatakan anda sangat mencintainya, melayan isteri anda umpama permaisuri dan sentiasa bersikap romantik.
4) Gunakan masa lapang anda untuk bersama-sama dengan isteri. Ramai suami gunakan masa lapang untuk diri mereka sendiri sehinggakan lupa pada isteri. Isteri lebih suka anda luangkan masa bersama mereka berbanding menggunakan masa lapang untuk agenda sendiri.
5) Balas setiap perkara yang diberi oleh isteri. Contohnya, jika isteri melayan anda dengan baik seperti menyediakan makan malam, balas pemberian isteri anda dengan layanan yang baik terhadap dirinya. Sentiasa ucapkan terima kasih terhadap isteri dan sentiasa berikannya penghargaan atas pengorbanannya dalam rumahtangga.
6) Hormat isteri dengan hati yang ikhlas. Apa sahaja yang isteri fikir dan lakukan, anda perlu menghormatinya. Jika isteri melakukan kesalahan, anda tegurlah dengan rasa hormat dan bukannya dengan meninggi suara.
7) Sentiasalah berkomunikasi dengan isteri. Jika kita cintakan seseorang, kita akan rasa ingin berkomunikasi dengannya pada setiap masa. Apabila anda selalu berkomunikasi dengan isteri, isteri faham bahawa anda mencintai dirinya dan dia juga dapat merasa cinta daripada anda.
Kebahagiaan pada suami isteri itu subjektif. Lakukan apa sahaja dengan sepenuh hati dan seikhlas hati agar keikhlasan itu turut dirasa pasangan. Tiada perkara paling indah dalam kehidupan pasangan suami isteri melainkan kedua-duanya saling menghargai antara satu sama lain.
Untuk anda para suami, jom cuba cara-cara yang saya kongsikan di atas demi keharmonian rumahtangga. Buat isteri, tidak salah juga jika anda pun ingin mencuba !!!
Comments
Post a Comment