6 makanan untuk menghilangkan lemak
Senaman bukanlah suatu kewajipan bagi seseorang yang ingin menurunkan berat badan sebaliknya pemakanan adalah perkara yang paling utama yang harus dititikberatkan. Melalui pemakanan pula, semestinya jumlah makanan yang diambil haruslah dihadkan dalam sehari. Namun begitu, jangan risau jika anda masih lagi ingin menikmati makanan kegemaran yang enak walaupun di dalam proses ingin menurunkan berat badan.
Jom lihat 6 makanan yang mampu membantu kita dalam menurunkan berat badan.
1) KOPI
Kopi adalah sejenis minuman yang boleh meningkatkan sistem kekebalan badan sekaligus membantu dalam menurunkan berat badan. Ini kerana kopi mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai asam chlorogenic antioksidan (CGA) di mana ia bertindak menukarkan lemak kepada tenaga. Dalam kajian juga mendapati bahan kimia yang telah sebati di dalamnya boleh melambatkan pelepasan glukosa ke dalam aliran darah. Secara tidak langsung ia menurunkan kemasukan insulin seterusnya mencegah dalam proses pertambahan berat badan. Walau bagaimanapun, pengambilan kopi secara berlebihan juga mampu memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Oleh itu, ambillah dalam kuantiti sederhana.
2) SUP AYAM
Di dalam sebuah buku bertajuk ' The One One Diet ' tulisan Rania Batayneh mengatakan seseorang yang mengambil sup sebelum menjamah makanan utama lebih cenderung mengambil sedikit sahaja kalori. Ini kerana sup itu sendiri yang berupaya mengalas perut yang kelaparan. Dengan itu, ia mewujudkan rasa kenyang sekaligus membuatkan kita rasa tidak ingin lagi makan secara berlebihan.
3) COKLAT PANAS
Sedap kan air coklat panas? Coklat kaya dengan sumber koko yang mana ianya sangat kaya dengan antioksidan.Ia membantu meningkatkan hormon kortisol di dalam tubuh yang menyebabkan terkumpulnya lemak di bahagian perut. Berdasarkan kajian oleh Cornell University, fokus zat antioksidan di dalam coklat panas lime kali lebih tinggi berbanding teh pekat. Kombinasi protein dan karbohidrat di dalamnya juga membantu untuk memulihkan rasa sengal otot kerana melakukan olahraga dalam keadaan tergesa-gesa.
4) MAKANAN PEDAS
Makanan pedas yang dihasilkan dari cili mampu menurunkan berat badan. Ini kerana kandungan capcaisin di dalam cili yang bertindak membakar timbunan lemak di dalam badan.
5) KENTANG PANGGANG
Kentang panggang kaya dengan nutrisi. Seperti makanan berwarna putih yang lain, kentang panggang mengandungi zat semulajadi yang dikenali sebagai allicin. Allicin dikatakan berupaya melawan masalah radang sekaligus mengurangkan berat badan. Malah menurut pakar nutrisi dari Cornell University, ukuran pinggang mampu berkurang sekiranya hidangan tengahari hanya menggabungkan nasi dan kentang panggang sahaja..
6) DAGING PANGGANG
Protein yang terkandung di dalam daging merah mampu menurunkan berat badan. Ini kerana ketika kita mengambil protein, tubuh badan akan bekerja dengan lebih keras untuk memecahkan protein tersebut sekaligus menukarkan ia kepada tenaga. Ini bermaksud apabila kita mengambil daging, banyak kalori akan terbakar ketika proses pencernaan daging tersebut. Pada masa yang sama, protein juga boleh membuatkan kita berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam jurnal bertajuk Nutrition Metabolism, kita disarankan untuk menambah pengambilan protein sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah kalori harian.
Boleh dilihat betapa pentingnya juga protein di dalam proses untuk meghilangkan lemak. Jadi, jangan risau untuk menikmati kesemua makanan ini asalkan ia tidak diambil di dalam kuantiti yang berlebihan.
LESS IS MORE!!
Comments
Post a Comment