Bagaimana hilang 10 kg dalam masa 3 bulan?
Dengar tajuk macam sesuatu yang mustahil kan? 10 kg? Ada orang 2kg pun sesuatu yang mustahil kecuali semasa bulan puasa. Semasa bulan puasa, ia memang tidak mustahil untuk anda kehilangan berat 2-5kg dalam masa 1 bulan.
Tapi itulah realiti yang berlaku apabila adik ipar saya yang kehilangan berat sebanyak 10kg dalam masa 3 bulan gitu. Saya hampir tidak percaya dengan berita yang disampaikan. Tetapi kalau diamati wajah dan badannya, memang benar. Wajahnya semakin cengkung dan kata isterinya, perut suaminya juga sudah tidak buncit lagi.
Apa rahsianya?
PEMAKANAN
SENAMAN
Mudah sahaja. Untuk turunkan berat badan, itu sahaja yang dilakukan. Walaupun 3-4 bulan mungkin satu tempoh yang agak panjang, tetapi bagi mereka yang betul-betul berkeinginan yang tinggi, semuanya boleh jadi. Mungkin diapun tidak terlalu fokus pada penurunan berat badan. Apa yang dilakukan hanyalah menjaga pemakanan. Menjaga pemakanan means dia makan tidak sampai berlebihan jika dibandingkan dengan dahulu. Sebelum beliau memulakan misi kurus ini, beliau makan agak banyak. Kini, beliau makan hanya ala kadar saja di waktu malam. Tidak mengambil makanan yang berat.
Beliau juga turut amalkan senaman atau exercise supaya metabolisme badan dapat ditingkatkan. Apabila metabolisme meningkat, banyak lemak lagi mudah terbakar.
Rahsia lain adalah beliau turut mengamalkan suplemen Shaklee khas untuk penurunan berat badan. Beliau mengambil
ALFALFA
LECITHIN
ESP
Kesemua ini diambil secara konsisten. Katanya, hanya dengan pengambilan ESP di waktu pagi sebagai sarapannya, beliau kenyang untuk tempoh yang lama. Itu yang memudahkan lagi berat badannya turun kerana beliau kurang mengambil makanan di waktu senggang. Selain dari itu, ESP juga turut membantu dalam mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Lecithin pula membantu dalam pemecahan lemak-lemak yang 'terpendam' untuk sekian lamanya. Ia juga turut membantu mengurangkan kolesterol dalam tubuh. Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah. Lecithin dapat menghalang obesiti. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, ia dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
Alfalfa pula membantu sebagai agen detox badan. Ia bertindak dengan mencuci darah dengan membuang toksin agar penyerapan vitamin atau nutrien-nutrien lain akan mencapai tahap optimum. Selain itu, Alfalfa juga berfungsi seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
Jadi, inilah rahsia beliau kehilangan 10 kg dalam masa 3 bulan. Hanya amalkan cara hidup yang sihat serta dengan bantuan suplemen kesihatan untuk penurunan berat badan, ia sudahpun memadai. Pengambilan suplemen sahaja tanpa usaha yang bersungguh belum tentu akan membuahkan hasil. Percubaan pertama beliau untuk menurunkan berat badan adalah tanpa penjagaan pemakanan dan exercise yang cukup. Hanya mengambil suplemen ini sahaja tetapi tidak memberi hasil yang diinginkan.
Kesimpulannya, makanlah banyak mana suplemen atau ubat kurus cap apa sekalipun, tetapi kalau gaya hidup dan pengambilan makanan yang tidak teratur juga akan tidak memberikan apa-apa kesan kepada misi penurunan berat badan anda. Harus diingat, set slimming ini hanyalah membantu anda untuk mempercepatkan lagi penurunan berat badan anda.
Anda juga berminat nak cuba set slimming seperti yang ipar saya amalkan?
Bolehlah hubungi saya dahulu untuk konsultasi dan tempahan suplemen.
Hubungi
Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe
Comments
Post a Comment