Omega-3 untuk kolesterol tinggi
Kali ni saya nak bercerita mengenai kolesterol.
Berapa ramai di kalangan anda yang masih muda lagi yang baru saja disahkan mempunyai kolesterol tinggi selepas medical checkup?
Kolesterol tinggi tidak mengira sesiapa saja. Kolesterol tinggi bukanlah satu penyakit. Walaupun anda masih muda trang tang tang, jika anda tidak mengawal pemakanan anda serta menjalani cara kehidupan yang tidak sihat, pada bila-bila masa saja kolesterol anda boleh naik tinggi mencanak.Kolesterol tinggi ini boleh membawa kepada pelbagai penyakit penyakit serius seperti stroke, diabetes, tekanan darah tinggi dan juga penyakit jantung.
Kolesterol adalah lemak yang yang dihasilkan oleh hati dan ia penting untuk fungsi-fungsi di dalam tubuh. Kebiasaannya, kolesterol pada kadar normal berfungsi dalam memelihara sel membran, menapis molekul yang keluar masuk ke dalam sel, terlibat dalam penghasilan hormon seks dan berfungsi untuk hempedu.
Apa akan jadi bila kolesterol melebihi kadar normal?
Apabila kolesterol terlalu tinggi dalam aliran darah, ia akan disimpan di dalam arteri termasuk arteri koroner jantung, pembuluh arteri ke otak dan arteri yang membawa darah kepada kaki.
Kadar kolesterol dalam darah dapat diukur dengan ujian darah. Untuk bacaan kolesterol, bacaannya biasanya begini.
Total kolesterol
<200mg/dl -----> normal dan selamat
200-239 mg/dl ------> bacaan tinggi dan perlu diturunkan hingga paras normal
>240 mg/dl --------> bacaan sangat tinggi
Apakah faktor penyebab kolesterol meningkat?
1) Pemakanan
Mengambil terlalu banyak lemak tepu yang mampu meningkatkan kadar kolesterol. Lemak jenis ini biasanya terdapat pada daging, telur, keju, minyak kelapa serta makanan yang digoreng.
2) Berat badan
Lemak di sekitar perut dan pinggang adalah penyebab kepada peningkatan trigliseride dan akan menurunkan HDL atau kolesterol baik.
3) Kurang aktiviti
Kurang aktiviti akan meningkatkan kadar LDL atau kolesterol jahat dan ini akan membuatkan HDL pula berkurang dan menjadi tidak seimbang.
4) Umur dan jantina
Pada umur 20 tahun ke atas, kadar kolesterol akan meningkat secara semulajadi kecuali jika anda kerap melakukan sesuatu untuk mengawal peningkatan kolesterol ini.
5) Keturunan
Disebabkan faktor genetik, masih terdapat juga mereka yang mengalami kolesterol yang tinggi walaupun sudah menjalani kehidupan yang sihat.
6) Merokok
Merokok juga mampu menurunkan kolesterol baik sekaligus meningkatkan semula kolesterol jahat.
Bagaimana hendak turunkan paras kolesterol?
1) Ambil produk tenusu seperti susu rendah lemak
2) Jika mahu makan daging, cuba untuk makan daging tanpa kulitnya.
3) Kurangkan pengambilan santan kerana ia mempunyai lemak tepu yang tinggi.
4) Hindari dari mengambil snek yang biasanya mengandungi lemak tepu yang tidak diketahui.
5) Kurangkan pengambilan makanan bergoreng atau gantikan minyak masak dengan minyak zaitun yang mempunyai lemak tidak tepu.
Tahu tak bahawa suplemen Omega-3 juga mampu menurunkan kolesterol anda?
Ramai yang masih belum sedar akan kebaikan Omega-3 ini selain dari untuk perkembangan otak.
Omega-3 boleh mengurangkan kadar kolesterol anda dengan menurunkan paras kolesterol jahat atau LDL. Ia juga menurunkan paras triglyceride dan meningkatkan penghasilan kolesterol baik iaitu HDL. Kebaikan ini sekaligus mampu mencegaj penyakit berkaitan saluran darah dan strok.
Sememangnya kebaikan dan manfaat Omega-3 tidak dapat disangkal lagi untuk penjagaan kesihatan bagi yang muda mahupun tua. Ia juga akan lebih bermanfaat jika diamalkan secara konsisten dan teratur.
OMEGA GUARD SHAKLEE adalah minyak ikan yang terbaik di dunia kerana ianya adalah paling tulen dan semulajadi yang bebas dari bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB.
Jom mulakan penjagaan kesihatan dari awal dengan pemakanan yang sihat. Jauhi makanan yang memberi risiko buat kesihatan anda.
Mencegah adalah lebih elok dari merawat.
Suplemen terbaik lagi semulajadi hanyalah dari Shaklee
Untuk anda yang ingin mencuba, bolehlah menghubungi saya.
Hubungi
Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe
Comments
Post a Comment