Mitos tentang penyusuan bayi

Khas bagi ibu-ibu yang menyusukan anak terutamanya bagi yang baru pertama kali bergelar ibu, anda mungkin akan berdepan dengan pelbagai arahan atau nasihat dari orang-orang tertentu berkenaan penyusuan susu ibu ini. Mungkin juga terdapat pelbagai tips yang datangnya dari pelbagai generasi yang kadangkala akan mengelirukan dan ada juga yang tidak masuk akal. Lain ibu mungkin lain cara penyusuaannya. Oleh itu, jom kita baca dulu dan fahami yang mana adalah mitos penyusuan bayi.


1) MITOS : Susu ibu tidak mencukupi untuk hari-hari terawal kelahiran.

FAKTA :  Kebiasaannya untuk hari-hari awal kelahiran terutama buat pertama kali, bayi akan menghadapi masalah 'latching'. Pengeluaran kolostrum pada hari-hari awal kelahiran lebih dari mencukupi untuk perut bayi. Cuba untuk dapatkan bantuan dari jururawat yang bertugas untuk membantu anda menyusukan bayi dengan betul.


2) MITOS : Ibu perlu membasuh puting payudara setiap kali sebelum penyusuan.

FAKTA : Tidak perlu. Ini akan menyebabkan kesakitan semasa menyusukan bayi kerana air basuhan akan menghilangkan pelembap semulajadi yang melindungi puting susu ibu.


3) MITOS : Minum air yang banyak akan meningkatkan pengeluaran susu.

FAKTA : Benar. Minum air yang mencukupi sangat penting kepada ibu yang menyusu untuk menggantikan air yang keluar dari badan kita. Air yang tidak mencukupi menyebabkan badan kekurangan air dan mengganggu tahap pengeluaran susu. Tetapi jika anda telah minum air yang mencukupi, pertambahan kuantiti air dalam badan tidak akan membanyakkan susu ibu. Lebih elok anda amalkan minum segelas air selepas penyusuan.





4) MITOS : Jumlah susu yang dipam menjadi petunjuk jumlah susu yang badan kita hasilkan.

FAKTA : Pengeluaran susu menggunakan 'breastpump' tidak sebaik apa yang payudara dapat lakukan melalui proses penyusuan secara direct. Jumlah susu yang berjaya dipam juga berbeza mengikut individu. Sekirannya ibu merasakan susu yang dipan tidak cukup, tetapi bayi membesar, buang air kecil dan besar dengan normal, anda tidak perlu risau. Badan ibu lebih mengetahui apa yang diperlukan oleh bayi. 


5) MITOS : Ibu perlu berhenti menyusukan anak jika mengandung.

FAKTA : Tidak benar. Bergantung kepada kesanggupan dan tahap kesihatan ibu untuk menyusukan anak. Dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai masalah kesihatan. 


6) MITOS : Jika bayi cirit birit atau muntah, ibu perlu menghentikan penyusuan.

FAKTA : Ubat terbaik untuk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susu ibu. Hentikan makanan lain buat sementara tetapi teruskan penyusuan.


7) MITOS : Menyusui menyebabkan payudara kendur.

FAKTA : Payudara kendur disebabkan oleh bertambahnya usia dan kehamilan. Bukan kerana penyusuan bayi.


8) MITOS : Payudara kecil, tidak dapat menghasilkan banyak susu.

FAKTA : Payudara kecil dan besar sama-sama mampu menghasilkan susu. Pengeluaran susu tidak bergantung pada saiz payudara anda mahupun saiz badan anda. Tidak semestinya hanya mereka yang berbadan besar sahaja yang mampu menghasilkan susu yang banyak.


Jadi, tetapkan pendirian anda sepanjang proses penyusuan bayi. Bagi ibu-ibu yang baru belajar menyusukan bayi, banyakkan lagi membaca supaya campur tangan orang sekeliling anda tidak akan menyumbang kepada kegagalan penyusuan buat bayi anda. 


Good luck!


sumber :  isihat


Comments

Popular Posts