Minyak ikan vs minyak hati ikan
Ramai yang tak tahu bahawa minyak ikan dan minyak hati ikan adalah 2 jenis minyak yang berbeza. Persamaannya ia memang minyak dari ikan, tetapi mungkin kandungannya juga sedikit berbeza. Minyak hati ikan bukanlah minyak ikan atau fish oil seperti yang kita sangkakan.
Apakah perbezaan antara minyak ikan dan minyak hati ikan?
VITAMIN D
Minyak hati ikan mungkin mempunyai banyak kelebihan dari segi ini. Minyak ikan dari hati ikan memang kaya dengan Vitamin D. Minyak hati ikan ni mampu membekalkan 1000mg Vitamin D yang mana ianya memang recommmended untuk kesihatan.Vitamin D ini penting untuk pelbagai fungsi dalam badan termasuklah membantu dalam sistem imun, kesihatan tulang, sistem saraf dan juga melindungi tubuh dari certain cancer. Kebanyakan makanan yang kita ambil sememangnya kekurangan vitamin ini. Sumber paling terbaik untuk dapatkan vitamin D ini adalah melalui pancaran cahaya matahari terutamanya pada waktu pagi.
Minyak hati ikan adalah yang terbaik bagi mendapatkan vitamin D ini memandangkan ia dibuat dari hati ikan. Ia sama sekali tidak sama dengan minyak ikan.
OMEGA-3
Minyak ikan dan minyak hati ikan kedua-duanya merupakan sumber omega-3 yang terbaik. Ia mampu mengurangkan masalah keradangan dan juga masalah kesihatan jantung selain dari meningkatkan fungsi otak. Cumanya dari segi penyimpanan, minyak dari hati ikan haruslah sentiasa disimpan dalam botol gelap, di tempat sejuk dan tempat gelap. Baru saya perasan minyak ikan kod selama ni botolnya warna hitam. Ada sebab rupanya.
KONTAMINAN
Minyak hati ikan agak berisiko dari segi ini kerana ia mempunyai kadar kontaminan yang agak tinggi bermula dari merkuri hingga bahan kimia lain seperti PCB dan dioxanes. Walaupun minyak ikan juga ada potensi mengandungi kontaminan, tetapi untuk jenama yang berkualiti, kadar kontaminannya sangat rendah berbanding minyak hati ikan. Cubalah untuk dapatkan minyak ikan bergred farmasitikal yang memang bebas dari kontaminasi.
VITAMIN A
Minyak hati ikan kaya dengan vitamin A yang mana ianya adalah vitamin larut lemak yang tersimpan dalam badan dan boleh juga menjadi toksik jika berlebihan dos. Ada sesetengah jenama minyak hati ikan mengandungi vitamin A yang sangat tinggi dan ini mungkin akan turut menyebabkan vitamin A menjadi toksik kepada badan jika minyak hati ikan ini diambil secara berlebihan. Jadi, waspada itu perlu jika anda mengambil minyak hati ikan.
Pilihan adalah terletak pada tangan anda untuk memilih minyak hati ikan atau minyak ikan. Jika anda tinggal di kawasan yang kurang cahaya matahari atau susah untuk terdedah kepada cahaya, minyak hati ikan sememangnya yang terbaik untuk anda kerana anda mungkin kekurangan vitamin D ini. Cuba untuk pilih brand suplemen yang mempunyai kandungan vitamin A yang rendah.
Sebaliknya jika anda boleh mendapatkan vitamin D dari cahaya matahari waktu pagi, suplemen dari minyak ikan adalah penyelesaiannya kerana ia kurang kontaminan.
Untuk yang terbaik, pilihlah minyak ikan Omega Guard Shaklee. Minyak ikan terbaik di dunia yang diektrak dari ikan laut air sejuk. Ia sama sekali bukan dari minyak hati ikan. Yang bestnya, Omega Guard ni adalah 3x lebih ketumpatan dari minyak hati ikan. Ia adalah minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
Untuk mendapatkan harga sebenar Omega Guard ini, bolehlah hubungi saya yer..
Bagi ibu yang hamil dan menyusukan bayi, anda sangatlah digalakkan untuk mengambil minyak ikan kerana ianya tinggi kandungan DHA yang boleh disalurkan kepada anak yang dikandung dan yang disusui untuk perkembangan otak mereka. Di samping itu, ia juga kurang terdedah kepada pencemaran berbanding dengan minyak dari hati ikan.
Bagi ibu yang hamil dan menyusukan bayi, anda sangatlah digalakkan untuk mengambil minyak ikan kerana ianya tinggi kandungan DHA yang boleh disalurkan kepada anak yang dikandung dan yang disusui untuk perkembangan otak mereka. Di samping itu, ia juga kurang terdedah kepada pencemaran berbanding dengan minyak dari hati ikan.
Hubungi
Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn.Ku)FB : Nutri Hijau Shoppe
Comments
Post a Comment