Segalanya tentang GLA Complex

Dalam membantu wanita menangani isu kitaran haid seperti PMS dan menopause, Shaklee Women's Health Solution telah menyediakan keperluan unik yang diperlukan oleh setiap wanita untuk setiap peringkat usia. 

Salah satu dari supplemen untuk wanita bagi kategori ini adalah GLA Complex.GLA Complex merupakan vitamin or supplemen yang paling HOT untuk kaum wanita. Kenapa ianya dikatakan HOT?

Jom ketahui dulu apakah kandungan GLA Complex ini.

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gama linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan Vitamin E.

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin, iaitu bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawal atur proses badan yang normal. 
Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. 




Kebiasaannya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. 

Comments

Popular Posts