Saya yang dulu bukan lagi sekarang

Saya yang dulu, bukan lagi yang sekarang. Dulu saya memang liat yang hamat nak makan vitamin waktu sekolah dulu.

Teringat masa sekolah dulu-dulu. Mak selalu bagi vitamin suruh makan. Ambil je tapi tak makan pun. Ada hari makan, ada hari buang. Masa sekolah rendah dulu, mak abah selalu bagi kami adik beradik makan Examo. Ni bukan vitamin ye. EXAMO ni homeopathy la kiranya. Ingat lagi dulu abah selalu bawak balik berbotol-botol ubat homeopathy ke rumah. Banyak jenis sangat. Saya tak tahu ubat apa. Masa tu memang abah ada belajar juga perubatan homeopathy ni. Agak tinggi jugak level abah masa tu.

Ok tu bab ubat homeopathy tu. Saya still boleh telan. Pastu mak pulak pernah bagi suplemen Shaklee minyak ikan. Masa tu botol pun lain lagi. Masa tu orang jual biat dari rumah ke rumah tau. Takdanya nak jual online2 macam sekarang ni. Haha. Memang tak suka betul nak telan minyak ikan Omega masa tu. Sebab berbau. Bau ikan ada. Bau keropok pun ada ( apa kena mengena dengan keropok entahla ). Memang liatlah nak telan suplemen tu. Memang kena suruh dengan mak je memanjang. Berbezanya la hai dengan anak-anak aku ni yang tak perlu dipaksa makan Omega.haha

TAPI SAYA YANG SEKARANG

Bila dah terpaksa sejak susu merudum dan masa tu demam teruk sangat masa menyusukan anak, terus berubah disiplinkan diri makan suplemen. Disiplin kan diri lagi minum air putih. Mak oiihhh..Rasa macam berbeza sangat saya.

Dulu jangan harap nak minum air putih botol besar 2L sehari. Minum tetap minum. Cumanya tak concern sangat pun air cukup ke tak minum dalam sehari. Haha

Bila dah mula terlibat dgn biz ni, kita sebagai penjual tak bolehlah nak cakap pung pang suruh customer makan suplemen konsisten ikut time. sedangkan kita yang jual pun makan suplemen ikut rasa nak makan. Kejap kita makan kejap kita tak makan. Kita nasihat orang suruh minum air putih cukup dalam sehari.

Sebelum kita menjual, pastikan kita pun buat apa yang kita suruh customer kita buat. Barulah best bila kita dapat rasa dulu apa yang orang lain rasa. Feel tu lain tau !!!

So yang positifnya bila buat biz suplemen ni, bukan setakat dapat bonus bulanan je tau. NO !! Banyak lagi kesan positifnya.

Dalam masa yg sama biz yang saya jalankan ni pun dapat membentuk diri supaya sentiasa menjaga pemakanan dan disiplinkan diri makan suplemen. Takdalah orang Kedah nak kata "cakap kemaih dia ni". Bila kita dah lakukan semua tu tadi, barulah best nak cerita kt orang apa yg kita rasa bila makan suplemen.

Comments

Popular Posts