Cara kenal waktu subur anda
Setiap wanita yang ingin hamil seharusnya mempunyai pengetahuan atau sudahpun mengenali waktu subur masing-masing. Ini penting terutamanya bagi pasangan yang PJJ ataupun Perkahwinan Jarak Jauh yang ingin mendapatkan anak.
Terdapat enam cara untuk anda kenali waktu subur anda.
1) Perubahan mukus serviks
Apabila tiba waktu pengovulan, mukus serviks ini akan berubah samada dari segi amaun ataupun bentuk fizikalnya seperti likat atau cair. Biasanya semasa tempoh bukan pengovulan, mukus serviks agak melekit. Tetapi apabila tiba fasa pengovulan, mukus serviks kelihatan seperti putih telur dan lebih banyak berbanding bukan fasa pengovulan. Semasa fasa ini, mukus serviks mampu meregang sehingga 1 inci atau lebih.
2) Keinginan seks meningkat
Kajian membuktikan kebanyakan wanita lebih berkeinginan untuk mengadakan hubungan sepanjang tempoh mereka subur. Biasanya ia berlaku beberapa hari sebelum pengovulan berlaku.
3) Perubahan suhu tubuh (BBT)
Kaedah yang boleh dilakukan untuk mengesan ovulasi. BBT akan meningkat dan kekal tinggi selepas tempoh pengovulan. Peningkatan suhu ini disebabkan oleh kehadiran hormon progesteron. Ia akan meningkat selepas tempoh pengovulan berlaku.
4) Perubahan kedudukan serviks
Sama seperti perubahan muku serviks ketika proses pengovulan, kedudukan serviks turut berubah. Apabila anda sangat subur, serviks akan lebih tinggi, lembut dan terbuka.
5) Payudara lembut
Mungkin hanya segelintir sahaja yang akan mengalami tanda ini. Keadaan ini dikaitkan dengan hormon yang terkandung dalam tubuh di mana ia sedang melakukan persiapan untuk kehamilan yang mungkin terjadi.
6) Ujian petunjuk tempoh subur
Cara ini adalah dengan menggunakan kit petunjuk tempoh subur. Kit ini memerlukan anda menggunakan air kencing untuk diuji sehari sekali selama seminggu sebelum anda menjangka tempoh pengovulan.
kredit PaMa
Untuk anda yang masih mencuba untuk hamil dengan pelbagai cara tetapi masih belum berhasil, bolehlah mencuba GLA Complex sebagai salah satu suplemen untuk tingkatkan kesuburan anda.
Ia khas untuk kaum wanita yang ingin mencuba untuk hamil. Bagaimana ia membantu meningkatkan kesuburan anda?
Anda bolehlah baca di sini
Bagi anda yang berminat untuk mencuba, bolehlah mendapatkan GLA Complex dari saya sebagai Certified Shaklee Independent Distributor anda.
Turut disertakan sekali bagi setiap pembelian adalah jadual makan suplemen ini. Konsultasi akan diberi selama mana yang anda perlukan.
Segeralah bertindak sekarang sementara promosi masih lagi berlangsung!
Hubungi
Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe
Comments
Post a Comment