10 Kebaikan Zinc Complex untuk kesihatan
Jarang-jarang orang memperkatakan tentang kepentingan Zinc untuk kesihatan kita. Yang kerap diperkatakan adalah kalsium dan vitamin C. Mari saya ceritakan sedikit sebanyak tentang kebaikan suplemen Zinc Shaklee ini.
Apakah perbezaan Zinc Shaklee berbanding Zinc yang lain?
Ianya dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita. Zinc Complex ini sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.
Apakah manfaat utama Zinc Complex?
1) Mengaktifkan 200 jenis enzim
Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA dan protein, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh kita untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.
2) Membentuk kolagen
Membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
3) Memperbaiki diabetes
Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.
4) Bintik putih di kuku
Bintik putih di kuku adalah tanda kekurangan zinc yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.
5) Mempertingkatkan sistem imun
Membantu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.
6) Mempercepatkan pemulihan luka
Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.
7) Memperbaiki masalah prostat
Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakak prostat dalam kadar 70%.
8) Kemampuan seks lelaki
Pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
9) Ovulasi wanita
Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu penguncupan untuk mengembalikan daya ketahanannya.
10) Memperbaiki radang kulit
Kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti acne dan jerawat.
Wahhh..begitu banyak sekali manfaat Zinc untuk kesihatan kita. Tak kiralah lelaki ataupun wanita, kedua-dua golongan ini boleh mengambil suplemen Zinc jika mereka mengalami masalah-masalah seperti di atas.
KHAS UNTUK ANDA YANG MENGALAMI LUKA TERUK PADA KULIT !!!
Seperti yang saya nyatakan, zinc sememangnya boleh mempercepatkan proses pemulihan luka anda. Sebab itulah jika anda baru lepas bersalin samada secara normal atau pembedahan, kami akan cadangkan Zinc sebagai salah satu vitamin penting bagi merawat luka luaran dan juga dalaman.
Selain dari makan, anda juga boleh hancurkan tablet Zinc Complex Shaklee ini dan taburkan sahaja ke atas luka bagi luka luaran terutamanya pada kaki, tangan dan badan.
Mudah dan simple kan? Kebanyakan vitamin Shaklee selalunya boleh dimakan dan disapu pada bahagian luaran kerana ianya adalah selamat dan semulajadi.
Jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee terutamanya Zinc Complex, anda bolehlah menghubungi saya. Mudah saja. Saya akan pos terus vitamin ke rumah anda secepat mungkin.
Hubungi
Call/sms/whatsap : 012-3860720 ( Pn Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe
Comments
Post a Comment